Thursday, 4 August 2011

Al-I'jaz al- Qurani;

Al-I'jaz al- Qurani;


http://sujudku-padanya.blogspot.com/2010/05/hatiku-terbang-kerananya.html



I'jaz ta'thiri adalah keadaan apabila seorang hamba terkesima dengan keindahan alQuran, dari segi lafaz, makna, dan penyusunannya yg sgt teratur. Kekaguman itu meninggalkan kesan pada kulitnya, lidahnya, hatinya, akalnya dan juga matanya. Hati serta-merta menjadi khusyuk kerananya dan bisa sahaja mata mengalirkan tangisan syahdu.


I'jaz ta'thiri adalah keadaan apabila seorang hamba terkesima dengan keindahan alQuran, dari segi lafaz, makna, dan penyusunannya yg sgt teratur. Kekaguman itu meninggalkan kesan pada kulitnya, lidahnya, hatinya, akalnya dan juga matanya. Hati serta-merta menjadi khusyuk kerananya dan bisa sahaja mata mengalirkan tangisan syahdu.



"Hati terbang" itu merupakan istilah yg diambil dari kata-kata Jubayr bin Mat'am, sebagaimana disebutkan dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Kisahnya, dia (ketika belum Islam) mendengar Rasulullah Sholallahu Alaihi Wasallam membaca surah at-Tur dalam solat Maghrib. Ketika sampai bacaannya pada ayat 35-37 dari surah itu, dia berkata: "Hatiku hampir sahaja terbang!" [Kaada qalbi an yatiir]. Kata Imam al-Khattabi, hati Jubayr bergoncang setelah mendengar ayat itu kerana dia memahaminya dengan tepat & mendalam. Setelah itu Jubayr terus memilih utk bersama-sama menjadi pendukung kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur rasulullah.

Ini lah ayat yang hampir-hampir menerbangkan hati Jubayr bin Mat'am:

[52:35]
(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

[52:36]
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

[52:37]
Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

Tamat kisah Jubayr.

===



Ini antara ayat-ayat Quran yang kami rasakan telah menerbangkan hati kami saat membacanya...

* Hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku... (Yusuf: 86)

* Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu, Allah Mengetahui dan kamu tidak mengetahui. (alBaqarah: 216)

* Susungguhnya urusanNya, bila Dia menghendaki sesuatu, Dia akan berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. (Yasin: 82)

* Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu... (Aali Imran: 133)

* (Itulah) celupan (agama) Allah. Siapakah yg lebih baik celupannya daripada Allah? (alBaqarah: 138)

* Dan tiada seorang pun mengetahui (dengan pasti) apa yg akan dikerjakannya pada keesokan hari, dan tidak ada seorang pun dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati... (Luqman: 34)

* Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian! (al'Asr: 1-2)





====



* When Sins Are Dominating... *

"The number of Americans that make suicide attempts is greater than the number of those who die as a result of the five most deadly diseases combined." Dr. Dale Carnagie

No comments: