ni betul best
source
http://keretamayat.blogspot.com/2011/08/apa-itu-jalan-allah.html
Straght to the point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan yang dilalui oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara khusus.
Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama semata mata.
Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat perkara di dalamnya.
Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
Menjaga ibadat terutama solat berjemmah.
Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.
Pendek cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemmaah dakwah dan jemaah jihad yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah jihad perang,:
Nabi perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.
Dalam perperanganpun, Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.
Nabi dan sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar
Sahabat di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat
Menguatkan lagi hujah ini, ada hadith yang mengatakan jika satu tempat ada amalan jumpa munusia kerana Alah, ada orang solat tahajjud dan ada orang menjaga solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan tangguhkan bala.(Fadail amal)
Maka pesan aku kepada korang yang mengaku sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu? Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa yang dibenarkan dengan fatwa kaum kera di sepanjang jalan Allah itu?
Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang renung balik dan tanya:
Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?
Menangislah dan berguling gulinglah kamu!
Umur semakin pendek, buku catatatan semakin menebal!
Ayoh,. Kita berjuang! Ayoh!!
Sunday, 7 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment