Thursday, 4 August 2011

nasihat dari hafiz utk reset Ramadhan



source












Itu ramadhan penuh nostalgia. Penuh ‘feeling’. Sementara Ramadhan ‘paling berkualiti’ pula ialah :

- Ramadhan yang disambut sepanjang 3 tahun di Mesir. Teringat lagi, saya menyusun jadual‘nak bertarawikh di masjid mana malam ini’ sebab bacaan imam di sana best-best belaka! Yang paling mendamaikan hati pula ialah bila melihat semangat orangnya membaca Al-Quran. Ramai yang berdiri pegang Al-Quran kecil dalam bas penuh bak tin sardin, hatta polis ‘murur’ pengawal trafik lalulintas pun sempat baca Quran ketika kerta lalulintas depan mata!

Hebat, hebat…. Satu scenario yang mustahil dilihat di negara kita.

Bila mengingatkan semua ini, ia membuatkan saya terfikir, agak-agaknya, puasa tahun mana yang diterima Tuhan 100%?

Sesi ‘brainstorming’…..

Sabda nabi, ‘Barangsiapa yang berpuasa ramadhan penuh keimanan dan penuh penilaian, Allah akan ampunkan dosanya yang telah lalu’ – Bukhari.

Hadis tersebut meletakkan syarat ‘jika anda mahukan pengampunan, anda perlu lakukan proses penilaian dahulu’. Itulah yang perlu saya lakukan sekarang. Proses post-mortem. S.W.O.T analysis.Bedah siasat. Brainstorming : bagaimanakah cara agar puasa tahun ini menjadi mekanisme terbaik untuk ‘kembali kepada asal’ iaitu zero-dosa.

Bila disebut proses nilai-diri ini, selalunya manusia akan membuat penilaian berdasarkan 3 aspek utama dirinya iaitu :

1. Intelektual

2. Emosi

3. Spiritual

Ada juga yang menilai menerusi neraca material : berapa banyak duit dalam bank, bila agaknya kereta Mercedez mata belalang parking depan rumah?, banglo 3 tingkat tu berapa harga agaknya?

Tetapi saya tidak berminat menilai menerusi neraca itu. Saya lebih berminat menilai menerusi 3 neraca di atas. Dari sudut intelektual, Alhamdulillah, Tuhan sangat baik terhadap diri saya. Dia telah menganugerahkan kelebihan ingatan dan kefahaman sehingga saya berjaya mencapai beberapa tingkat pembelajaran yang agak bagus. Itu perkara yang amat saya hargai dalam aspek intelektual ini.

Tetapi nikmat yang paling besarnya bukan itu. Ia adalah perasaan ‘lapar & ghairah kepada ilmu’ – yang setakat ini tidak pernah surut dalam jiwa. Cara mudah untuk mengetahui samada anda berperilaku ‘lapar ilmu’ atau tidak mudah sahaja. Masuk kedai buku seperti MPH, kemudian masuk pula kedai makan seperti KFC. Mana satu yang lebih menarik tangan anda untuk mengeluarkan dompet?

Hmm….Anda tentu tahu jawapannya sekarang.

Ya Allah, terima kasih atas nikmat itu.

Bagaimana pula dari aspek emosi? Alhamdulillah, selain ilmu agama, saya berterima kasih atas 2 perkara : Psikologi dan perkahwinan. Selepas berkahwin, saya faham benar maksud ‘tak sempurna iman selagi tak berkahwin’. Ia menjadikan kita insan lebih bertanggungjawab, lebih menghargai erti kasih-sayang serta erti perkataan ‘toleransi & hormat-menghormati’. Mereka yang sudah berkeluarga tentu faham maksud saya ini.

Ilmu Psikologi yang dipelajari di UKM pula memberikan saya makna baru dalam menilai diri dari sudut cara fikir, bagaimana emosi tercetus dan cara kita bertindak dalam hidup. Semua ini jika betul landasannya, memberi kesan besar kepada emosi anda, dari seorang yang bertindak tak tentu-hala kepada seorang yang lebih ‘wise’, kata Inggerisnya.

Itu perkara kedua. Sementara aspek terakhir yang paling utama pula ialah aspek spiritual. Ketika menilai aspek ini saya terdiam. Terasa sangat markah saya ‘bawah paras hidung’ dalam bab ini.

Mungkin ada yang terfikir ‘bukankah anda belajar agama dan hafaz Quran, takkanlah iman masih goyang kot?’

Sabar.. kita kena bezakan antara ‘belajar agama’ dan ‘menghayati agama’. Jika ini tidak difahami betul-betul, akan terjadi ramai ibubapa yang merungut ‘penat saya hantar anak ke sekolah agama, tapi perangainya lagi teruk dari budak sekolah biasa!’

Bezanya begini : belajar agama bermaksud mereka melihat pelajaran agama dari sudut akademik semata. Ia samalah seperti anda belajar geografi, sains dan matematik. Apa yang selalu anda lakukan sebaik habis SPM? Semua ilmu tersebut ‘berlari-lari keluar dari ingatan’ bukan?

Sementara ‘menghayati agama’ pula bertitik-tolak dari pemikiran : hari ini Allah lebih sayang ke atau lebih murka dengan saya? Haa…. perkara inilah yang kurang ditekankan dalam silibus pendidikan agama, hatta sekolah tahfiz sekalipun. Bagi saya, perkara ini yang akan dinilai untuk mengetahui samada spiritual anda meningkat atau tidak.

Saya mengakui dalam bab ini saya terkebelakang. Jauh ketinggalan. Kadang-kadang, ngeri rasanya bila memikirkan jawapan kepada soalan yang syeikh tasauf saya selalu suruh renungkan setiap hari : ‘jika anda ditakdirkan meninggal esok, agak-agaknya masuk neraka ke, masuk syurga?’

Benar, sepanjang 11 bulan ini, dosa kita berkilo-kilo, sementara amal ibadah kita ‘ciput-ciput’ belaka. Itupun jika disaring dengan filter ‘ikhlas atau tidak’, silap-silap satu pun Allah tidak terima.

Tetapi nasib baiklah, Allah sediakan ramadhan.

Sudah sampai masanya untuk ‘RESET’.

Dalam hadis di atas ada dinyatakan, jika kita berpuasa ramadhan bersungguh-sungguh, Allah akan ampunkan segala dosa yang telah lepas. Bagi saya, hadis ini memberi kita peluang untuk melakukan proses ‘RESET’. Anda tahu apa makna reset? Ia sama seperti program computer : jika ia bermasalah, untuk kembali kepada setting asal, kita perlu melakukan proses reset. Atau dalam kata lain, ia sama ertinya dengan ‘default setting’.

Sama dengan kita manusia. Setting asal ketika Tuhan ciptakan ialah ‘kosong dosa’. Itu ‘default setting’kita. Tetapi malangnya, setting tersebut menjadi kacau-bilau bila kita banyak memasukkan input dosa serta maksiat. Hati yang putih jenih dahulu, kini telah bertukar warnanya menjadi hitam-legam. Kalau dahulu, ia adalah tempat utama hidayah Tuhan mendarat, kini fungsinya tak ubah seperti ‘kasino Genting Highland’ – tiap-tiap hari dosa masyuk saja!.

Lama saya terfikir ‘bagaimanakah cara termudah untuk reset-kan semula spiritual diri ini dari ‘infiniti dosa’ kepada ‘zero-dosa’?

Alhamdulillah, Ramadhan menyediakan peluang terbaiknya. Saya perlu setkan azam baru, perincikan strategi terbaik serta fikirkan jalan paling sesuai untuk menjayakan proses reset ‘zero-dosa’ tersebut.

Strategi ‘how to reset’ inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda…..

Strateginya ialah……..

Sempena kedatangan ramadhan ini, agar misi reset berjalan lancar, azam saya ialah :

1. Saya akan ‘shut down’ mana yang utama, ‘eliminate’ mana yang perul, serta kurangkan mana yang patut segala sumber yang membawa kepada maksiat, lagha dan sia-sia. Contohnya : surfing berita di internet, berborak kosong dll.

2. Saya berazam untuk khatamkan Al-Quran 2 kali ramadhan ini, serta sekali dengan bertadarus bersama isteri. Kemudiannya, setiap kali selesai tadarus, kami akan cuba berbincang bersama-sama ‘juz yang kita baca tadi, agaknya apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita?

Memang jumlah khatam itu sangat kurang jumlahnya dibandingkan dengan ‘hobi’ Imam Syafie sewaktu ramadhan iaitu khatam 2 kali sehari. Tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya, itu lebih baik dari langsung tiada bukan?

3. Saya akan memperbanyakkan ‘istighfar kabir’ setiap hari. Kalau tak dapat mencontohi nabi yang beristighfar sekurangnya 70 kali sehari, dapat separuh dari jumlah itu pun dikira kejayaan besar bagi saya. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah istighfar kabir, Tanya sahaja kepada Prof Google : penghulu istighfar. InsyaAllah, ada beribu jawapannya.

4. Ini misi terbesar. Saya akan cuba memburu ‘Lailatul Qadar’ terutamanya pada 10 malam terakhir. Teringat lagi kata-kata syeikh saya bila ditanyakan kepadanya soalan ‘Syeikh, apakah amalan terbaik untuk kita lakukan jika seandainya kita bertemu dengan lailatul Qadar?’

‘Mudah sahaja. Jangan terlalu fikirkan amalan ‘besar-besar’. Jika tidak mampu, cukup lakukan solat tahajud 2 rakaat dan solat taubat 2 rakaat. Kemudian baca semuka dua Al-Quan serta tamatkannya dengan istighfar. Pastikan semua itu dilakukan seikhlas mungkin. InsyaAllah, Tuhan akan anugerahkan keampunan dan ganjaran 1000 bulan itu kepada kita.’

Mohon doakan azam untuk ‘reset’ berjaya…

Mungkin ada yang tertanya ‘takkan itu sahaja yang ustaz nak buat?’

Jawapan saya : itupun sudah banyak sebenarnya. Memang kita boleh meletakkan target azam yang muluk-muluk seperti khatam 10 kali atau tahajud sepanjang malam full 30 hari. Tetapi saya takut ia tinggal ‘azam atas kertas’ sahaja. Bukankah itu yang selalu kita lakukan? Berazam hebat-hebat, tetapi akhirnya satu pun tak terbuat!

Saya tidak mahu ia terjadi pada azam kali ini. Cukuplah itu yang dilakukan. Yang penting, ia perlu berjalan di atas landasan ikhlas.

Tetapi pembaca jangan salah faham pula dengan entri ini. Ia tidaklah bermaksud ‘saya ingin menunjuk-nunjuk amalan ke’? Tidak sekali-kali. Na’uzu billahi min zaalik, mohon Allah jauhkan dari keinginan itu.

Ia dikongsi sebagai ikrar, agar saya benar-benar melaksanakannya kali ini. Ia juga berfungis sebagai ‘cermin’ refleksi kepada anda : jika ada yang masih belum setkan azam ramadhan, moga entri ini dapat mencetus idea kepada anda.

Juga bagi mereka yang azamnya lebih ‘advance’ dari yang disenaraikan, saya ucapkan tahniah awal kepada anda. Ini bermaksud iman serta spiritual anda jauh lebih hebat dari saya. Saya amat gembira jika anda boleh berkongsi sekali tips-tips brilliant bagaimana anda mengekalkan prestasi iman sepanjang 11 bulan ini.

Yang paling saya harapkan bila berakhir ramadhan ini ialah, memetik lirik nasyid Nadamurni : : akal kita cerah, jiwa kita hidup, fizikal kita cergas

Kepada pembaca budiman, saya mengharapkan titipan doa makbul kalian agar usaha ‘hubungkan hati dengan Allah’ ini berjalan seperti yang diharapkan.

Saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan…. semoga kita keluar darinya seperti bayi : suci dari segala dosa dan noda.

Ya Allah, perkenankanlah.

P/s : kalau ada yg berazam nak mula start upgrade surah bacaan dlm solat dari 3 qul kpd surah lebih panjang, dapatkanlah Kaedahjibril, hafazan anda akan mendapat lebih banyak ‘short-cut’ mudah utk itu –www.kaedahjibril.com




No comments: