Antara point penting yang disampaikan oleh Prof. Kamil ialah keyakinan kepada janji Allah dan sentiasa mohon doa kepada Allah. Ini dibuktikan dengan pengalaman beliau sendiri. Banyak nikmat dan keistimewaan diperolehinya didahului dengan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Semua pengalaman semasa menunaikan ibadat haji – yang menjadi titik permulaan perubahan – beliau nukilkan dalam buku bestsellernya; Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.
Doa itu senjata mukmin. Doa itu ibadah.
Doa itu pengabdian diri kepada Ilahi…
http://rijalunsodaqu.wordpress.com/2010/07/22/catatan-ceramah-prof-kamil/
and more here
http://myzaidakhtar.blogspot.com/2011/06/isra-wa-miraj-doa-yang-meruntun-hati.html
Seperti biasa, ceramah Prof akan cuba membawa sisi yang berbeza. Namun lazimnya beliau tidak akan lupa menyebut tentang solat berjemaah dan qiam yang sudah diceramahkannya lebih 2000 jam. Tentang sifat syukur seorang Nabi. Tentang sifat sabar yang sebenar bila menjadi mangsa banjir.
Ya, betapa agungnya sifat ar-Rahman-Nya yang memberi kelonggaran solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu. Betapa agungnya sifat ar-Raheem-Nya yang mengurniakan waktu sepertiga malam untuk sekalian hamba.
Sunday, 7 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment