Beautiful reciation of Surat Al-Waqiah by Muhammad Al-Luhaydan.
http://lifenstudy.blogspot.com/2010/01/pengalaman-orang-untuk-pengajaran.html
http://putrijasmine.multiply.com/journal/item/67/Amat_Disayangkan_Banyak_sedekah_untuk_memperlancar_Rezeki_
and more from
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/
on January 29, 2010 at 10:37 am | Reply bohari
Assalamualaikum,
Ayat ini benar2 mujarab.Saya pernah dibebani hutang dan kehidupan sangat sempit.Saya bertekad membaca surah ini sebanyak 44 x mulai selepas isyak(9.00 mlm) hingga ke jam 4.00 pagi baru selesai.Selepas itu ayat tersebut terus dapat saya hafaz tanpa melihat al-quran.Yang mujarabnya selepas itu rezeki datang seara tidak disangka2 dan akhirnya hutang yang menjadi beban dan memeningkan kepala itu dapat dilangsaikan. syukur Alhamdulillah.kini saya menjadikan amalan harian iaitu membaca surah ini setiap kali selepas sembahyang fardhu 1 x.Masa mula-mula membaca merangkak-rangkah 10 minit baru habis. kini setelah menghafaz ayat ini dapat dihabiskan dalam masa 3 minit.
====
on January 14, 2010 at 1:26 pm | Reply mimi
mimi
Asalamualaikum…
Saya telah mengamal membaca surah alwaqiah setiap jari tanpa jemu sudah 6 tahun. Ada hari saya baca 3 kali selepas isyak, atau baca 1kali lepas asar atau baca 3 kali lepas magrib atau 1 kali selepas subuh. Ini kerana jadual kerja saya yang sibuk. Saya menjalankan perniagaan sendiri. Saya menjalankan perniagaan network marketing. Hasilnya perniagaan saya maju dan mendapat rezeki yang datangnya dari segenap pelusuk alam yang tidak di duga dan rezeki yang berlapis2. Wang banyak datang dan saya dapat keluar dari masalah kewangan. Disamping itu saya dapat menyelesaikan hutang2 rumah, kad kredit dan hutang peribadi. Setiap bulan saya dapat menyimpan dengan banyak di dalam bank. Rezeki makanan dan kesihatan pun bertambah. Allah s.w.t memudahkan segala urusan saya. Ramai orang senang berurusan dengan saya. Alhamdulillah sekarang saya semakin kaya dan kaya. Rezeki yang Allah beri kepada saya saya sedekah dan keluarkan zakat, membantu orang2 susah dan anak2 yatim. Saya juga mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari, sunat hajat , solat tahajud dan soolat taubat. Disamping itu saya juga menjaga solat, rajin membaca quran dan berpuasa isnin khamis. Selepas itu saya berusaha bersunggug2 dan bertawakal kepada Allah. Hasilnya Allah beri kekayaan kepada saya. Jadi amallah selalu surah al waqiah ini.
===
yg ni betul jugak intention penting kata ustazah hannan
on January 21, 2010 at 1:24 pm | Reply rasyd
Assalamualaikum,
Alhamdulillah,ramai yg mahu amalkan surah ni.Tapi jgn lupa,kita beramal bukan untuk dunia,tetapi akhirat matlamatnya
Allah berfirman: “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” (Huud 11:15-16)
Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya yg paling aku khawatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil, riya’. Pada hari kiamat , ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya. Allah berfirman: “Pergilah kalian pada org2 yg kalian tujukan amalan mu kepada mereka didunia. Lihatlah , apakah engkau dapati balasan disisi mereka?” (HR Ahmad, Hadis Sahih)
Al-‘Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a mengenai ayat ini, ia berkata: “Org2 yg gemar berbuat riya’ akan diberi balasan kebaikan mereka didunia dan mereka tidak dizalimi sedikitpun. Barangsiapa mengerjakan amal soleh dengan tujuan utk mendapat kesenangan dunia, baik puasa, salat tahajjud pada malam hari, dan ia melakukannya semata2 utk tujuan duniawi, maka Allah swt berfirman: “Berikanlah kepadanya apa yang ia cari didunia. Dan sia2 lah amal yg ia kerjakan demi meraih kesenangan dunia, sedangkan diakhirat ia termasuk org2 yg rugi”. (Ath Thabari (XV/263))
Qatadah berkata: “Barangsiapa yg dunia menjadi perhatian , niat dan tujuannya, maka Allah swt akan membalas kebaikannya didunia . Lalu diakhirat, ia tidak mendapat balasan kebaikan sedikitpun. Sedangkan org mukmin, ia akan mendapatkan balasan kebaikannya didunia, juga pahalanya diakhirat” (Ath Thabari (XV/264))
===
semoga bermanfaat
=== lagi pengalaman
on January 30, 2010 at 2:48 pm | Reply alia
salam..
saya ingin berkongsi pengalaman saya. mula mengamalkan surah ini tahun lepas dan alhamdulillah dapat rezeki yg xdiduga. awal tahun ni saya ada web sendiri n bisnes sendiri. aliabeauty.com. walaupun saya baru pertama kali melibatkan diri dalam bisnes ni (zero knowledge) tetapi berkat dari amalan mengamalkan surah ini, dan bantuan dari rakan, bisnes saya menampakkan hasil walau dalam masa singkat. tapi kena ada usaha selain berdoa. amalan lain juga perlu dijaga dengan sebaiknya. syukur alhamdulillah. saya doakan anda juga berjaya.
===
lagi from mimi
on February 6, 2010 at 6:35 am | Reply mimi
Asalamualaikum…
Saya dari Malaysia. Saya pernah kehilangan kerja akibat kegawatan ekonomi. Jadi saya susah sangat. Hidup dibebani hutang. Saya selalu berdoa selepas solat agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada saya. Satu hari saya mendapat mimpi dari wali Allah terjaga pada pukul 4.46pagi. Selepas dari itu saya terjumpa Surah Al waqiah petunjuk jalan kekayaan.
Saya telah mengamal membaca surah alwaqiah setiap hari tanpa jemu sudah 6 tahun. Ada hari saya baca 3 kali selepas isyak, atau baca 1kali lepas asar atau baca 3 kali selepas magrib atau 1 kali selepas subuh. Ini kerana jadual kerja saya yang sibuk.
Saya menjalankan perniagaan sendiri. Saya menjalankan perniagaan network marketing. Hasilnya perniagaan saya maju dan mendapat rezeki yang datangnya dari segenap pelusuk alam yang tidak di duga dan rezeki yang berlapis2. Wang banyak datang dan saya dapat keluar dari masalah kewangan. Disamping itu saya dapat menyelesaikan hutang2 rumah, kad kredit dan hutang peribadi. Setiap bulan saya dapat menyimpan dengan banyak di dalam bank. Rezeki makanan dan kesihatan pun bertambah. Allah s.w.t memudahkan segala urusan saya. Ramai orang senang berurusan dengan saya.
Alhamdulillah sekarang saya semakin kaya dan kaya. Rezeki yang Allah beri kepada saya saya sedekah dan keluarkan zakat, membantu orang2 susah dan anak2 yatim. Saya juga mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari, sunat hajat , solat tahajud dan soolat taubat.
Disamping itu saya juga menjaga solat, rajin membaca quran dan berpuasa isnin khamis. Selepas itu saya berusaha bersungguh2 dan bertawakal kepada Allah. Hasilnya Allah beri kekayaan kepada saya. Jadi amallah selalu surah al waqiah ini.
Segala Amalan yang kita lakukan bersangka baiklah kepada Allah dan serah segalanya kepada Allah. Cuma Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati kita. Dia sahaja yang tahu segala niat dihati kita. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar.
===
subhanallah... puji pujian untuk Allah
on September 21, 2010 at 5:42 am alivewire
assalammualaikum,
Ini pengalaman saya sendiri. 5 tahun yang lalu saya di berhentikan kerja kerana masalah syarikat. Saya seorang Jurutera di sebuah syarikat swasta. Saya mengamalkan berpuasa sunat bermula dari hari khamis hingga hari jumaat (seminggu). Berbuka puasa dengan makanan yang tidak berdaging. Saya membaca surah Al-Waqiah sebanyak mungkin yang saya mampu pada setiap lepas solat setiap hari. Dan setiap lepas membaca Surah Al-Waqiah saya akan membaca doa Surah Al-Waqiah dan memohon hajat. Pada hari Jumaat, hari terakhir saya berpuasa, Alhamdulillah, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang menawarkan kerja yang berpendapatan lebih baik dari kerja lama saya. :) . Selepas itu, bermula lah saya menulis blog ini untuk berkongsi ilmu.
wassalam.
alivewire.
===
on March 8, 2010 at 1:19 am | Reply khaliq
Terima Kasih kerana berkongsi ilmu kepada semua. Terima kasih juga kepada saudara-saudari yang luangkan masa berceritakan pengalaman & berikan kita semua semangat untuk mengamalkan surah Al-Waqiah. Saya pun macam saudara-saudari yang lain, saya mengalami masalah kewangan yang teruk, hati tak tenang, hidup terumbang-ambing. setelah mengamalkan surah Al-Waqiah ini, saya ada nampak perbezaaan. hati rasa tenang. Peluang-peluang rezeki Allah sudah nampakkan pada saya. Insya Allah, Semoga saya dapat mengamalkan Surah ini terus menerus secara istiqamah. Saya ingin menjadi KAYA, dengan cara ini saya dapat hidup lebih selesa & saya dapat membantu orang-orang yg perlukan bantuan, bersedekah, berzakat. Semoga kita semua dapat berjaya Dunia & Akhirat. INSYA ALLAH..
===
KakCt
Assalamualaikum
saya terpanggil utk berkongsi website ini bagi sesiapa yg ingin belajar membaca Waqiah atau apa2 ayat Quran.
Click sini utk dengarkan bunyi bacaan – ada beberapa pilihan Qari – samada laju atau perlahan utk beginner. saya suka site ni sebab kita boleh setkan satu ayat utk ulangan seberapa banyak kita suka. baru2 ni saya ajarkan suami, saya setkan ayat Qursi 44 kali dan beliau dpt practise berulang2 kali supaya mahir sebutan.:
http://www.searchtruth.com/quran_reading/quran.html?page=45&page_size=1&page_style=1
dalam masa sama, buka link ini utk melihat Quran – tulisannya lebih jelas dan mudah di ikuti:
http://www.searchtruth.com/quran_reading/quran.html?page=45&page_size=1&page_style=1
Saya harap pengunjung tidak lagi perlu susah payah dan amat berharap akan ada yg sudah boleh membaca Quran selepas ini.
Tips saya – belajar 1-1 ayat sehingga mahir, atau letaklah 10 ayat, dan ulang2 sehingga mahir.
Semoga Allah memberi kita manfaat bersama2. Amin
====
Shidah A.R
Sy ada terjumpa laman di mana kita boleh mendengar surah Al Waqiah dibaca dan ada juga tulisan rumi di bawah setiap ayat2 suci di dalam surah ini.
http://alquran.cz.cc/2010/04/056-hari-kiamat.html
http://alquran.cz.cc/2010/04/056-hari-kiamat.html
===
Rudyanto I. Prabowo
Ass.wr.wbb,
Alhamdulillah ….
Dengan membaca surah Al-Waqiah setiap hari, saya sekarang menjadi HAFAL !!!
Saya baca 1x selesai shalat Subuh dan Isya’ (atau saya baca saat shalat Isya, rakaat 1 (ayat 1-40) & rakaat 2 (ayat 41-96), terkadang (ayat 1-74) dan (ayat 75-96).
Ditambah dengan shalat Tahajud 8 rakaat + Witir 3 rakaat, dan juga shalat Dhuha 6 rakaat. (2 rakaat diantaranya dengan membaca surah Al-Waqiah)
Dan yang terakhir diiringi dengan shadaqah 10% (atau lebih) dari rezeki (uang) yang kita terima.
Alhamdulillah hasilnya sangat luar biasa !!!!!!
Wassalam,
Rudyanto
===
on December 29, 2010 at 3:46 pm | Reply zain
zain
saya selalu amalkan baca surah Al-Waqiah ini selepas solat subuh.Syukur saya pada-Nya,kerana setiap kali saya susah nak bayar hutang,tiba2 ada saja rezeki yang tak disangka2 datang.maklumlah kita banyak hutang spt rumah ,kereta,perabot dan anak sekolah lagi.Contohnya saya niaga sambilan(part time) tiba2 hujung bulan tengah kering poket,tiba2 ramai orang beli barang.Alhamdullilah.Senang kata poket tak pernah kering atau kosong.Disamping tu saya dah hafazan surah ini,surah Al-Mulk,surah As-Sadjadah,An-Naba dan sekarang dalam proses hafazan surah Yassin dan Surah Al-Isra serta surah Muhammad.
Fikiran saya sentiasa tenang sahaja,walaupun masaalah banyak dan mudah selesaikan satu persatu,Inilah kehebatan Al-Quran
===
alivewire
Sila taip perkataan “do’a” di dalam ruang search di atas kanan blog ini. Anda akan temui semua do’a selepas membaca surah al-waa’qiah.
===
alivewire
Sila taip perkataan “do’a” di dalam ruang search di atas kanan blog ini. Anda akan temui semua do’a selepas membaca surah al-waa’qiah.
zimbo
Saya dpt ni drpd seorang ustaz
Ada satu lg amalan murah rezeki @ di baca ketika sedang menghadapi kesulitan hidup iaitu mengamalkan membaca
ayat seribu dinar sebanyak 40 kali setiap kali selepas solat subuh – awal subuh.
InsyaAllah kita akan mendapat rezeki yg tak terduga @ Allah akan menemukan kita dgn jalan keluar.
===
on February 3, 2011 at 10:13 am | Reply Mami
Mami
Salam,
Subhanallah…walhamdulillah…Allahu Akbar…saya yakin dengan janji Allah Yang Maha Benar, Maha Pengasihnya Allah dengan hambanya. Saya telah mengamalkan surah ini selama beberapa bulan. Sejak mengamalkannya banyak rezeki yang tidak terduga datang kepada saya, suami dan anak-anak..Alhamdulillah syukur tidak terhingga ya Allah.
Satu lagi berita gembira…Anak saya baru saja lulus peperiksaan sekolah ugama dengan keputusan yang cukup membanggakan…walhal sebelum beberapa minggu sebelum peperiksaan sebenar, dalam peperiksaan penilaian dia gagal dgn dengan keputusan yang teruk.
Inilah rezeki yang cukup bermakna buat saya dan keluarga..syukur ya Allah
===
ipung
Subhanallah. Yakinlah hanya Allah yg memiliki dan memberi rejeki. Saya sudah mengalami sendiri dan Alhamdulillah berkat bantuan Allah, hutang2 saya sudah selesai. Tapi saya terus memohon karena rejeki bukan cuma materi, persis seperti yg Mami bilang di atas. Sabar dan syukur bumbunya juga. Insya Allah manfaat dan berkah buat semua dunia dan akhirat. Amin
===
dpt berkongsi ilmu..thanks
on February 15, 2011 at 1:40 pm | Reply Pid
Assalmualaikum,
Aku terbaca ruangan ini 18 bulan yang lalu, ketika itu aku sedang ditimpa musibah yang berganda-ganda. Aku menghadapi kemelut kewangan yang sangat hebat kerana tertipu. aku menanggung hutang yang banyak dek penipuan ini. Sebagai ibu tunggal, aku amat sengsara diatas bebanan ini. Alhamdulillah saya temui ruangan ini bagi mengutip doa dan harapan. Aku bangun, tabah kan hati tak berhenti berdoa agar Allah beri aku keupayaan untuk meneruskan perjuangan hidup dan mkenebus hutang yang melampaui batasan. SURAH Al WAQIAH, SOLAT DHUHA aku mulai amalkan setiap hari. Aku yakin akan ada sinar dihadapan ku. Setiap kali perjalanan dalam kereta, aku mengikuti bacaan dalam kaset, sehingga aku menghafalnya. Hanya Allah sahaja yang mendengar doa ku, Aku mula merasakan ketenangan, yangmana sebelum ini aku diibaratkan tidak mampu membuka mata untuk memulakan hari. Sesungguhnya aku redho’ dengan perjalanan hidup yang pahit ini, dan aku sedar Engkau lah ya Allah yang memberi ganjaran dan hikmah Nya. Lama kelamaan aku mulai membayar hutang-hutangku mengikut priority. berselang seli membayarnya sedikit demi sedikit. Aku sentiasa mohon kepada Allah agar aku di beri jalan untuk menyelesaikan keseluruhan hutang ini sebelum mati. Aku ingi hidup tanpa hutang (zero debt) . Alhamdulillah aku mula merasai nikmat kebesaran Illahi yang tidak memungkiri janji nya. Amin.
===
on March 3, 2011 at 10:45 am | Reply mami
Subhanallah….setiap kali membaca komen-komen di sini terasa sayu..syahdu..tak terasa airmata bergenang dan menitis…amat takjub dengan keagungan Allah SWT….bertapa Maha Pengasihnya, Maha Penyayangnya Allah SWT kepada hambaNya…Allah sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang, cuma kita yang selalu alpa dan lalai dengan tugas dan tanggungjawab kita terhadapNya…Maha Pemaaf Allah terhadap apa jua kesalahan kita, tak kira sedikit atau banyak sekiranya kita memohon keampunanNya. Maha Penerimanya Allah tak kira siapa pun kita..Maha Adilnya Allah…Maha Pemberinya Allah…Maha Pengasihannya Allah yang sentiasa memberi perhatian kepada hamba-hambaNya yang memerlukan….Maha Benarnya Allah terhadap janji-janjinya…
Ya Allah…hambaMu ini bermohon..limpahkanlah rahmatMu kepada hamba-hambaMu yang memerlukan pertolonganMu dan kasih sayangMu ya Allah..luaskanlah pintu rezeki kami dan datangkanlah rezeki kami dari mana-mana pintu rezeki yang Kau redai ya Allah…berilah kami hidayah dan tunjukkan lah kami ke jalanMu yang benar, suluhlah hidup kami ke pintu takwa…..semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang beriman dan bertakwa ya Allah…..Amin
== amin jugak
dan banyak lagi
pasti nya saya akan ke sini lagi
see u later
http://mrdol87.blogspot.com/2010/12/doa-selepas-membaca-surah-al-waqiah.html
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/doa-sesudah-membaca-surah-al-waaqiah3/
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/doa-sesudah-membaca-surah-al-waaqiah2/
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/doa-sesudah-membaca-surah-al-waaqiah-1/
Sunday, 14 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment