Monday, 15 August 2011
seluruh kehidupan adalah ujian ALLAH
http://kltraffic.blogspot.com/2011/07/ceramah-perdana-prof-kamil.html
Prof. Kamil memberi penekanan kepada banyak perkara yang kita selalu anggap biasa tapi akhirnya boleh jadi 'luarbiasa' kesannya :
1. Kepentingan doa. Minta hanya kepadanya.
2. Sujud syukur. Berapa kali kita sudah bersujud syukur kepadanya sepanjang hidup?
3. Bangun untuk bersolat malam.
4. Menjaga aurat - ajar anak daripada kecil, jaga batas dengan ipar duai & sepupu.
5. Bersembahyang jemaah.Kalau boleh , jangan tinggal langsung.
6. Tetap mengerjakan sembahyang walaupun sakit.
Point nombor 6 itu berkaitan dengan cerita tentang kesabaran dan erti nilai kesabaran itu yang Prof. Kamil kaitkan dengan musibah yang melanda keluarganya dalam satu kejadian banjir di Segamat tidak lama dulu. Dalam kejadian itu, rumah beliau ditenggelami air separas dada menyebabkan kerugian sekitar RM100,000. Ketika mula-mula melihat keadaan rumah dan perabut yang rosak teruk, memanglah terasa sesak dada. Kemudian, beliau mengajak keluarganya menunaikan solat dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan lalu disusuli dengan doa. Alhamdulillah, sesudah itu hati terasa lapang dan redha. Boleh bergambar senyum ditepi perabut yang berlumuran lumpur, koleksi buku-buku dan kitab yang bernilai ribuan ringgi yang telah musnah...begitulah kuasa Allah. Dilenyapkan perasaan gundah gulana itu. Bila azan berkumandang, mereka pergi bersembahyang berjemaah di masjid. Lalu bila orang sekeliling menegur dan mendoakan agar beliau tetap sabar dengan dugaan itu, beliau bertanya, "Apa sebenarnya nilai sabar itu?". Jawapannya, pada pandangan beliau seperti ini...nilai sabar itu ialah apabila seseorang hamba itu diuji, dia semakin hampir dengan Allah. Padahal dalam kejadian banjir yang sama, ada sebuah pusat penempatan mangsa-mangsa banjir terletak hanya bersebelahan masjid. Namun apabila masuk waktu sembahyang, tak ada seorang pun yang datang ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
Seluruh hidup di dunia ini hanyalah ujian semata-mata. Semuanya - anak, isteri, suami, harta, pangkat, musibah, ilmu etc. Musibah adalah ujian yang 'tak seronok', pangkat pula ujian yang 'seronok'. Besar ujian pangkat tu. Maklumlah, bila pangkat makin naik, makin sibuk, makin kerap out station, makin tak cukup masa...sampai tak sempat nak solat berjemaah, sampai lewat solat...sampai akhirnya tertinggal terus.Nampak mainan ujian tu? Betapa ujian itu semakin menjauhkan kita daripada Allah...(contoh).
Sebenarnya memang banyak yang Prof. Kamil cuba sampaikan dalam masa yang singkat...tak cukuplah 2 jam! Tapi tak apa, biar sikit tapi 'melekat' dan ingat. Kang bagi banyak-banyak, berkeciciran pulak jadinya.Itupun syukurlah sebab lepas raya ni, Prof. Kamil dan keluarga akan berhijrah ke Madinah memenuhi tawaran mengajar di universiti di sana.
http://kltraffic.blogspot.com/2011/07/ceramah-perdana-prof-kamil.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment