Monday, 15 August 2011

Proses hadapi Dugaan = PhD


best ni n thanks


from http://sharifahaliman.blogspot.com/2011/06/proses-hadapi-dugaan-phd-doa-dan-usaha.html





Surya menyinariku hari ini. Seindah sang suria...Allah yang mengaturkan segalanya untuk kami. Surya adalah kawanku...kawan satu fakulti dan satu jabatan semasa di UiTM Johor dan juga di Shah Alam. Kini, kami sama-sama pelajar PhD. Hari ini, kami sama-sama selesaikan pendaftaran sebagai pelajar lama.

Setelah selesai urusan, kami makan tengahari di Intekma Resort, UiTM. Kami makan Spaghetti, Sizzling Yum Mee dan Gado-gado. Kami bukan hanya berkongsi rasa makanan tetapi kami juga berkongsi rasa hati dan perasaan mengharungi PhD. Ada episod cerita kami yang membuatkan kami gelak, kami hampir menitiskan air mata, kami terasa diri sangat 'tak pandai', kami rasa susahnya dan macam-macam rasa lagi. Bak kata Surya...PhD not only turn you into 360 degrees but sometimes double up till you can't balance yourself!



Bagiku pula, PhD seperti ujian ibadah haji (berdasarkan pengalaman orang lain yang telah bergelar haji dan hajjah). Bagaimana kita berhadapan dan menangani ujian sebelum, semasa dan sesudah haji itulah yang menentukan pencapaian haji kita. Ada orang begitu besar dugaannya sebelum menunaikan haji seperti sakit kritikal walaupun wang dah cukup. Ada orang yang begitu besar ujiannya semasa menjalani ibadah haji seperti marah yang melampau dengan pasangan. Ada orang yang begitu besar musibahnya selepas menjalani ibadah haji seperti kehilangan hartanya dan orang yang disayangi.

Begitu juga PhD...ujiannya berbeza bagi setiap orang samada sebelum, semasa dan selepas. Ada orang yang begitu besar cabarannya sebelum PhD seperti getir untuk mendapat tajaan. Ada orang yang begitu hebat rintangannya semasa PhD seperti bahtera perkahwinan runtuh atau idea baru asyik diambil orang sebelum sempat diterbitkan. Ada orang begitu besar cabarannya selepas PhD seperti angkuh dengan title Dr atau sukar naik pangkat walaupun sudah bekerja keras.

Orang yang di luar rangkuman (samada mereka pernah berada dalam proses PhD atau tidak) mungkin tidak atau kurang memahami dan menyelami perjalanan hidup pelajar PhD. Sebagai pelajar, kita tak boleh mengubah orang di luar rangkuman. Justeru, kitalah yang perlu, dengan penuh hikmah, mengadaptasi diri dengan perubahan. Ramai juga yang berpesan agar pelajar PhD mesti melipatgandakan doa dan mempelbagaikan usaha sepanjang perjalanan. Moga-moga aku, Surya dan semua pelajar PhD yang niat belajarnya keranaMu, Ya Allah...akan menjadi graduan PhD yang bertaqwa dan berguna pada agama, bangsa dan negara.

Amalkan doa (di samping ibadah-ibadah lain) dimudahkan urusan iaitu :-
اللهم رب يسر ولا تعسر رب اتمم بالخير برحمتك يا ارحم الرحمين
Maksudnya: Ya Allah, Mudahkanlah segala pekerjaan dan janganlah disusahkan. Ya Allah, sempurnakanlah sebaik-baik dengan rahmatMu. Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments: