Ceramah oleh Prof Dr Muhd Kamil di Surau Taman Yayasan, Buloh Kasap, Segamat
menarik prof buat survey di sini
http://muhdkamil.org/blog/2011/08/ujian
http://muhdkamil.org/blog/2011/08/05/soalan-2/
Published on August 05, 2011 09:02 •
Soalan
Jika sudi, mohon jawab dua soalan berikut;
1. Apakah ujian paling besar pernah diterima?
2. Apakah ujian terbaru?
Jangan tulis nama. Cuma tulis LELAKI atau WANITA. Jawapan tuan-puan akan membantu saya.
Terima kasih!
===
dah tak de page tu
Error 404 - Not Found
hawapan atau simpulan dari survey ada di
http://muhdkamil.org/blog/2011/08/07/hadiah-2/
"Menghadapi Ujian", dimulakan dengan saya melayari blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Pada ketika itu sudah 54 pengunjung blog menulis dan menjawab dua pertanyaan, iaitu;
1. Apakah ujian paling besar yang pernah diterima?
2. Apakah ujian terkini?
Saya nyatakan, "benarlah telahan saya yang beranggapan hampir kesemua di antara kita akan mengaitkan ujian besar dengan sesuatu yang bersifat kehilangan, kegagalan dan kesedihan yang berlaku kepada diri sendiri. Saya bersangka tiada yang akan mengatakan "ujian paling besar adalah ujian tidur". Saya gagal untuk solat berjemaah di masjid. Kenapa? Solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu. Ia sepatutnya menjadi isu paling besar.
Tentu sekali saya fikir tiada yang akan mengatakan, "ujian paling besar ialah Allah bagi kekayaan kepada saya". Orang berkata "ujian saya ialah gagal PhD", tiada pula yang akan berkata, "ujian saya yang paling besar ialah selepas lulus PhD".
Kenyataan-kenyataan yang saya kemukakan di atas akan membawa kepada beberapa takrifan tentang bagaimana kita akan menghadapi ujian yang Allah berikan kepada setiap manusia. Bukankah seluruh kehidupan itu merupakan ujian buat manusia?
Bayangkan, yang mana lebih besar di antara ujian kehilangan ibu bapa tersayang berbanding dengan ujian menjadi anak yang soleh atau solehah bagi membantu mereka yang kita sebut-sebut "rindu dan sayang" itu?
Berapa ramai di antara kita yang melihat segala yang dikatakan "ujian-ujian besar" sebagai nikmat untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT?
Permulaan inilah yang membawa saya mengupas topik Menghadapi Ujian selama 2 jam yang akhirnya membawa kepada aspek "kusyuk dalam solat" yang hakiki. Terima kasih Azura dan Team yang memberi saya peluang untuk menyampaikan buah fikiran kepada mereka yang hadir.
Saya mohon keampunan Allah.
=====
ini pula dari sini
http://muhdkamil.org/blog/2011/07/12/sijil/
prof kata nak tulis buku ujian
Malah saya sangat-sangat bersyukur jika dapat menyudahkan buku “Travelog Kehidupan: Bagaimana menghadapi Ujian” sebelum berangkat ke Madinah.
Maka surah Insyirah kita jadikan renungan,
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)”.
=== ini pula komentar pembaca
ade positive n negative
Assalamualaikum Prof,
Terima kasih menyedarkan saya tentang banjir yang Prof alami.
Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
‘..sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar…’ (At-Taghaabun, 15)
Wasslam.
===
mumumimi says:
July 12, 2011 at 12:14 pm
Salam Sejahtera Prof,
Kalau tak silap saya semasa Prof menulis dahulu mengenai bayaran insuran Prof tulis begini RMXXXXX tapi sekarang bayaran pihak insuran sebanyak RM17000 dimaklumkan. Barangkali tidak sesuai dimaklumkan pada masa dan ketika tersebut.
===
khalidah khalid says:
July 12, 2011 at 4:59 pm
Salam Prof., terngiang2 ditelinga kakak bila kakak pertama kali menelefon Prof ada menyatakan ‘Kakak tiap hari kita diuji ALLAH ‘ untuk memberitahu bahwa sanya ALLAH tu sangat hampir pada kita. Segala ujian2 itu kita jadikan iktibar supaya terus mendekati tiap detik kita bernafas. Memang pasti tiap kesusahan pasti adanya kejayaan disebaliknnya. Semuga kakak juga dapat menjadi tetamunya yang istimewa dan dipermudahkan segala urusan didunia & akhirat. Insyallah Ameen
====
Salam
Kadang2… kebanggaan cuma alasan untuk hidup…
Opps! jangan terlupa merujuk Al-Baqharah :216
Tq
===
LilyIndah says:
July 18, 2011 at 2:04 am
Assalam..,
Berulang-kali saya menziarahi blog Tuan…
Izinkan saya melontarkan pandangan peribadi saya…
Setiap kali Tuan berbuat kebaikan, mengapa Tuan perlu memberitahu kebaikan itu kepada orang lain? Bukankah kita sedia maklum bahawa sebaik-baik manusia itu apabila dia menghulurkan kebaikan dengan tangan kanan, adalah lebih baik tangan kiri tidak tahu…
Pandangan saya, tidak perlulah Tuan menghebahkan kebaikan Tuan menghadiahkan kereta kepada Ustaz dan memberitahu yang Tuan perlu
menjelaskan baki RM45000 kepada pihak bank…
Saya tidak nampak apakah signifikasi pernyataan itu. Mungkin kata-kata ini sesuai untuk Tuan…
“Orang yang baik tidak akan menghebahkan yang dirinya baik…”
Maaf atas teguran ini…
Wassalam
===
balasan dari prof
MKI says:
July 18, 2011 at 7:05 pm
Salam sejahtera,
Terima kasih di atas teguran ini yang saya percaya datangnya daripada hati yang sangat tulus. Ketulusan ini lebih bermakna jika puan/tuan memperkenalkan diri secara nyata kepada saya, misalnya membuat panggilan kepada 0193154444 atau e-mel mkamil@johor.uitm.edu.my.
Jarang benar saya membuat perjelasan balik beberapa teguran yang dikemukakan. Namun izinkan saya menjelaskan beberapa isu yang telah puan kemukakan supaya hati puan dan saya serta pembaca yang lain lapang selapangnya.
Pertama, apabila manusia melakukan sesuatu, soal keikhlasan jangan dipertikaikan. Tiada manusia atau malaikat sekalipun mampu menilai keikhlasan manusia. Ia hanya milik Allah.
Kedua, ada hadis yang ditulis oleh puan tentang tangan kiri dan kanan. Mungkin merujuk kepada satu-satunya hadis dalam konteks ini. Ada pula kenyataan yang lain misalnya dalam al-Quran dan hadis (mohon maaf saya tidak membawa kitab hadis dan rujukan al-Quran kerana saya berada di Tapah) yang menyebut manusia boleh memaklumkan sesuatu yang dilakukan atas “kegembiraan” dan berniat untuk memberi rangsangan kepada yang lain untuk melakukan perkara yang sama bukan pula atas dasar riyak, takbur dan sombong.
Ketiga, puan menganggap bayaran RM45000 kepada bank sebagai satu kebaikan yang telah saya lakukan dan dihebahkan dan tidak mempunyai unsur signifikan dalam konteks catatan tersebut.
Saya pula tidak menganggap ia sebagai satu kebaikan tetapi yang cuba saya gambarkan betapa RM45000 tiada nilai di sisi Allah jika kita redha dengan kejadian banjir yang menimpa saya kerana Allah telah membalasnya dengan memberi peluang untuk saya berhijrah ke Madinah. Nilainya jauh lebih baik, malah tiada ukuran RM yang dapat menggantikan kehilangan RM45000 tersebut.
RM45000 itulah nilai yang mungkin saya perolehi jika kereta itu tidak rosak dan dijual kepada Ustaz tersebut.
Saya tidak bersifat retorik. Apa yang saya ucap – saya mohon Allah izinkan – supaya saya dapat amalkan. Duit syiling mempunyai dua permukaan, ia boleh dilihat dalam dua keadaan yang berbeza. Piliuhlah di sebelah mana yang hendak dihadap.
Lihat, bagaimana tafsiran puan yang sangat berbeza dengan niat sebenar saya ketika menulis entri ini. Alangkah baiknya jika puan membuat panggilan telefon dan saya jelaskan secara perlahan-lahan apa yang tersirat di hati saya ketika menulis. Inilah yang dipesan, janganlah berburuk sangka kerana setiap manusia mempunyai tahap ilmu yang berbeza-beza. Saya sendiri amat kerdil di sisi Allah dan sentiasa memohon keampunannya jika tersalah dan tersilap di dalam usaha-usaha mengingati diri, keluarga dan masyarakat.
Keempat, doakan saya supaya tidak riyak, takbur dan tidak bermegah-megah. Doakan saya, “Ya Allah moga-moga yang ditulisnya itu bukan untuk bermegah-megah, bukan untuk menunjukkan kebaikannya atau bersifat riyak. Kau terimalah tulisannya sebagai suatu amal ibadat yang bermanfaat”.
InsyaAllah, pada ketika dan saat ini saya berdoa, “Ya Allah, lapangkanlah dada LilyIndah supaya mendapat ilmu yang bermanfaat. Pandangkanlah hatinya supaya meneroka apa yang tersembunyi di sebalik ilmuMu yang luas. Jauhilah daripada perasaan berburuk sangka atau merasai resah gelisah di atas tulisan-tulisan yang telah aku catatkan. Ampunkanlah dosa-dosa kami berdua. Temukanlah kami di syurgaMu ya Allah”.
ummuomar says:
July 24, 2011 at 10:21 pm
kepada semua pembaca blog: setiap kali baca entry prof, sy seronok sb prof dgn ikhlas berkongsi pengalaman suka duka yg byk pengajaran boleh di ambil. apa yg prof tulis adalah tercetus dari hati beliau yg amat seronok kerana menemui byk jalan penyelesaian yg tk di sangka2 kerana beliau byk berdoa dan berserah kpd Allah. kita patut contohi beliau. dan pd pandangan sy sbenarnye itu lah niat prof, ikhlas nk bagitau kita ini lah cara nye kita patut buat kalau ada masaalah. bukan kerana nk menunjuk atau riyak. berbaik sangka lah dgn tulisan prof. dan sy pun rs prof sungguh berbaik sangka dgn semua pendapat yg di lontarkan.
source
http://muhdkamil.org/blog/2011/07/12/sijil/
Sunday, 7 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment