Monday, 15 August 2011

Berpesanlah dengan orang yang ditimpa ujian, bersabarlah...jangan lupa solat, berzikir, ingat Allah sentiasa. Itulah yg membezakan orang yg bersabar


source http://jamalrafaie.com/2010/01/mengubah-sempadan-iman.html

Prof. Kamil juga menyenaraikan empat amalan utama yang dapat memantapkan iman mengikut perspektif beliau:

1) Solat berjemaah
2) Puasa Sunat
3) Qiamulail
4) Membaca Al-Quran








===




===



source


http://www.alhusna.info/arkib1/2011%20-%202.htm


Bagaimana Cara Bersabar?
Posted by ADMIN
10 Februari 2011

Bagaimana mahu bersabar? Pertama, marilah kita menyelesaikan isu pokok terlebih dahulu iaitu, kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT? Jawapannya sangat jelas melalui ayat 56 surah Adh-Dhariyat:

    "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".

Jika kita bersetuju dan patuh dengan ayat diatas maka selebihnya menjadi lebih mudah. Keseluruhan elemen kehidupan di dunia ini merupakan ujian Allah dalam proses untuk melaksanakan menyembah dan beribadat yang dituntut olehNya. Saya tunjukkan diagram ini kepada khalayak:

Kehidupan sebagai satu ujian
Saya kemukakan 6 elemen kehidupan sebagai contoh dengan mengemukakan dalil-dalil betapa ia merupakan ujian Allah kepada manusia tidak kiralah elemen tersebut berunsur kedukaan atau pun keriangan. Misalnya, saya memetik surah al-Anfal ayat 28 yang bermaksud:

    "Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar".

Dalam satu hadis dilaporkan oleh Anas r.a yang Rasulullah pernah berkata:

"Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya".

Malah dalam konteks mereka yang berilmu, ujian paling besar ialah kerana tidak mengamalkan ilmu tersebut. Begitu jugalah dengan mereka yang berkuasa, ujiannya cukup besar di atas pangkat dan kuasa yang telah diberikan, misalnya keperluan berlaku adil dan saksama kepada mereka yang dipimpin.

Jika kesemua elemen kehidupan ini merupakan ujian, maka mereka yang lulus ujian akan terarah ke arah tujuan manusia diciptakan. Jika gagal, jadilah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.

Kesemua kenyataan-kenyataan ini disertakan dengan dalil-dalil yang telah dinyatakan secara jelas oleh Allah SWT.

Namun manusia juga merupakan insan yang lemah. Mereka biasanya bersifat lalai, tamak, sombong, takbur, riyak dan angkuh kepada diri sendiri, manusia yang lain hatta kepada Dia yang Menciptakan manusia.

Pada sudut yang berbeza, manusia juga diberi kaedah untuk menangani ujian-ujian supaya tetap teguh kepada tujuan asal manusia dicipta seperti sifat ikhlas, syukur dan sabar.

Dan manusia juga diberi ruang atau elemen paling istimewa oleh Allah SWT untuk bertaubat bagi membetulkan keadaan supaya kembali ke landasan yang betul. Akhirnya, saya menunjukkan diagram ini kepada khalayak bagi membuat rumusan terhadap apa yang telah saya ucapkan.

Deraf elemen sabar dalam Konsep Kehidupan. Nota: Syukur bukan Shukur

Dalam waktu yang terbatas saya cuba menerangkan konsep-konsep ini secara ringkas tetapi - mudah-mudahan - dapat diterima oleh khalayak pendengar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Lalu saya bertanya kembali; kenapa kita diciptakan?, bagaimana pandangan kita terhadap elemen-elemen kehidupan? dan adakah anda bersetuju dengan saya?

Jika bersetuju, marilah kita melihat kepada fokus kuliah pada hari ini iaitu, "bagaimanana mahu bersabar?" apabila berhadapan ujian Allah, tidak kira ia bersifat keriangan atau pun kedukaan. Marilah kita membaca surah Al-Ankaboot ayat 2-3 bermaksud:

    "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"

Ya Allah, rupanya ujian-ujian ini Allah mahu memilih di antara orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan orang yang berdusta! Lalu amati pula pesanan Allah SWT melalui ayat 45 surah al-Baqarah:

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

Akhirnya, jika kita ditimpa bencana dan memahami itu adalah ujian Allah, maka cara melaksanakan "kesabaran" kita adalah dengan menghampirinya dengan lebih hampir lagi. Jika kita yang sering solat berjemaah, jangan pula ditinggalkan masjid kerana sakit belakang mencuci rumah yang diselaputi lumpur.

Jika kita di tempatkan di pusat pemindahan banjir yang bersebelahan dengan masjid, jangan pula ditutup telinga apabila azan dibunyikan. Jika benar-benar sabar, bangunlah di malam hari dengan bertahajud, bermunajat dan menyatakan kesyukuran kepadaNya yang kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Jika kita terlantar di hospital, masih boleh bercakap, bergerak dan mampu berfikir maka bukti dan laksanakan kesabaran dengan sentiasa mengingatiNya. Bukankah Allah memberi keringanan dan kemudahan untuk mereka yang ditimpa bencana? Namun ia tidak sekali-kali membenarkan kita "melupai"Nya.

Berpesanlah dengan orang yang ditimpa ujian, "Prof, bersabarlah...ngat Allah. Mohonlah keampunannya, perbanyakkan solat malam. InsyaAllah, Dia sentiasa hampir dengan orang yang sentiasa mengingatiNya" atau nyatakan secara jelas, "Abah...bersabarlah...jangan lupa solat, berzikir, ingat Allah sentiasa. Itulah yang membezakan orang yang bersabar di sisi Allah".

"Ya Allah aku mohon keampunanMu kerana menyampaikan sesuatu yang aku sendiri terlalu fakir dan lemah. Aku mohon keampunanMu ya Allah jika apa yang aku sampaikan ini tidak pula aku amalkan. Aku mohon maaf di atas kelalaianku?.

Saya akhiri kuliah malam tadi dengan rasa yang pelbagai. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat.

Sumber: Catatan Kuliah Kuliah Prof. Kamil Bil 2/2011, di Masjid Bukit Siput pada 9 Februari 2011 oleh Saudara Faizal Shah Abdul Fatah, yang dikirim oleh Haji Rahmat Kamrid - terima kasih.


No comments: