http://antaraduajalan.blogspot.com/
semuga novel ini dapat direalisasikan.
ya Allah saya akan beli novel ini.....
sedutan bab 4....
Kenapa pula Allah nak suruh kita puasa? Jawabnya supaya Allah nak suruh kita jadi manusia yang bertakwa. Kenapa perlu jadi manusia bertaqwa? Sebab Allah nak bagi kelebihan orang beriman dan bertaqwa ni melebihi dari orang-orang lain.
Ustaz, nak tanya sikit boleh: kata Azudin. Apakah kelebihan orang bertaqwa tu Ustaz? Kita selalu baca ayat seribu dinar tapi tak tahu maknanya: kata Ustaz. Dalam ayat tersebut Allah jelaskan, siapa-siapa yang bertaqwa kepada Allah akan diberi jalan keluar (dari segala masalah), kemudian akan deberi rezeki tanpa disangka-sangka. Kemudian kalau dia tambah taqwa tadi dengan tawakkal pula, Allah memberi kecukupan kepadanya, Allah akan selesaikan segala urusannya...
Oh macam tu ye Ustaz, insyaAllah puasa kali ini saya akan buat bersungguh-sungguh supaya saya dapat menjadi manusia yang lebih bertaqwa.
========================
oleh itu yakinlah dan ber tawakkal lah pada Allah....
ni untuk diri saya dan pembaca
-----------------
"ayat yang saya baca tadi ialah firman Allah dari surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud, dan telah Kami [Allah] tunjukkan kepada mereka dua jalan."
Ustaz menyambung tazkirahnya. "Di dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa apabila manusia dilahirkan, Allah akan menunjukkan kepadanya dua jalan. Terpulanglah kepadanya untuk memilih salah satu. Manusia akan sentiasa kena memilih semenjak dilahirkan hinggalah ketika ia dijemput pulang oleh penciptanya. Walaubagaimanapun, manusia mestilah bertanggungjawab atas pilihannya. Manusia tidak boleh merasa bahawa Allah akan membiarkannya tanpa ditanya tentang apa yang dipilihnya."
Pilihan pertama apabila seorang manusia itu sampai ke persimpangan pertama ialah akidah.
Saturday, 3 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment