Thursday, 1 October 2009
surah Ali Imran ayat 133 dan 134
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga134 yang bermaksud:
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan pada masa susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
====
i would like to know too
on
falasah kejayaan dan kebahagiaan dalam Islam
from here
Kami sembang-sembang dan antaranya bercerita berapa cucu dan cicit yang ada, siapa telah ke University dan siapa yang telah berkerja. Aku pun senyap-senyap bertanya kepada diri kenapa tidak bercerita siapa yang belum berjaya ke university atau belum berjaya mendapat kerja dan siapa pula yang merangkak-rangkak cuba berbuat sesuatu untuk menyara hidup harian. Ini yang nampak ketara pada masyarakat kita. Kita selalu tidak memberi tempat pada "yang kurang berjaya" kerana kejayaan hanya kita ukur dari segi kebendaan. Aku cuba menyelit -nyelit bertanya dengan tujuan mencetuskan sedikit muzakarah apa itu erti kejayaan dan kebahagian di sisi Islam. Ada sedikit sambutan tetapi perbincangan tidak panjang dan tidak dapat memantapkan kefahaman falasah kejayaan dan kebahagiaan dalam Islam. Tak apalah mungkin dilain kesempatan perkara ini dapat dibincangkan lagi. Maklumlah, dalam suasana Hari Raya "yang biasa" orang tidak bercakap yang serious-serious.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment