sangat menarikprof untuk saya renungi.. from here
NotaMKI: Tulisan ini di catatkan ketika mula menulis di blog pada Februari, 2006.
Blog ini merupakan catatan ringkas tentang kisah kehidupan yang ditulis secara santai, ringkas dan mudah dibaca. Ia adalah ‘perasaan halus’ yang merupakan sebahagian daripada kehidupan keseluruhan saya. Jauh daripada hal-hal kepakaran bidang, rutin kerjaya secara khusus atau sesuatu isu yang kelihatan complicated dan amat membebankan. Sebenarnya, saya menulis ketika benar-benar santai dan lahir dari perasaan dalaman.
Bagaimanapun, secara tersirat saya mengajak pembaca melalui satu pengalaman hidup yang mungkin boleh dijadikan teladan. Atau mungkin sempadan?
Kenapa kehidupan? Kenapa pula dikatakan ringkas? Malah kenapa pula signifikan? Jawapannya agak mudah. Setiap saat kita melangkah dan setiap saat kita meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa yang ‘pelik-pelik’, kadangkalanya tidak masuk dek akal yang tak seberapa ini.
Pengajaran dan pengalaman ini menyebabkan saya bercita-cita mahu menjadi manusia yang lebih baik. Apa tidaknya – kerjaya saya OK, dikelilingi oleh keluarga yang saling kasih mengasihi, mertua dan ipar yang serapat adik beradik, masih ramai (?) rakan-rakan yang berhati tulus (benar-benar tulus) – Malah saya fikir Allah sentiasa memberi kemuliaan kepada kehidupan saya.
Saya selalu terfikir – masa lampau adalah suatu kenangan – tak mungkin kita kembali lagi. Lalu masa hadapan yang perlu kita hadapi dengan lebih bermakna. Namun di sana-sini, saya berhadapan dengan cabaran yang memerlukan pengamatan semula dengan apa yang pernah kita lakukan.
Sejauh mana kita menjangka dan meletakkan nilai persahabatan? Sejauh mana kita meyakini yang kita tidak pernah mempunyai musuh? Bagaimana kita melihat cabaran kehidupan dalam perspektif yang betul? Atau bagaimana kita menangani kejayaan atau kegagalan? Sanggupkah kita memburuk-burukkan rakan sendiri dalam mengejar kejayaan? Mahukah kita membantu mereka yang perlukan pertolongan dengan seikhlas mungkin?.
Itulah realiti kehidupan. Kita sentiasa dibayangi dengan pelbagai persoalan yang nampak mudah tetapi kelihatan janggal apabila ia berakhir dengan tindakan yang tidak pernah berasaskan logik.
Ketika saya mencatatkan kisah-kisah ini, mungkin ada kisah lain yang ingin saya sampaikan. Saya percaya, ada orang mampu mentafsir apa yang tersirat, namun lebih ramai yang mendapat pengajaran seadanya. Setiap kisah ada pelbagai persoalan sampingan (namun signifikan) yang telah melalui di celah-celah kehidupan saya. Lalu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan cuba melalui persoalan tersebut dengan memberi beberapa reaksi pemikiran dan pandangan yang disampaikan secara ringkas dan bernada santai. Namun, saya berharap ia mempunyai nilai yang signifikan.
Tuesday, 6 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment