Monday, 5 October 2009
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un
Imam al Baqir berkata kepada salah seorang sahabatnya, "Aku wasiatkan engkau dengan lima hal. Jika engkau dizalimi, maka janganlah engkau menzalimi. Jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat. Jika engkau didustai, janganlah engkau marah. Jika engkau dipuji, janganlah engkau bergembira. Dan jika engkau dikecam, janganlah engkau bersedih hati." Jika kita lihat kata-katanya seperti kata-kata orang lemah namun itulah sebenarnya orang yang kuat kerana orang yang kuat dia akan hidup dengan cinta Allah swt dan setiap masalah yang datang pastinya dengan izin Allah swt.
Tidak satu zarah pun yang mampu bergerak tanpa izin Allah swt. “Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya (HR Bukhari).
Apabila sakit itu datang pastilah Allah swt akan menurunkan pasangannya iaitu penyembuhan. Untuk langkah awal dalam menangani masalah yang sedang anda hadapi cuba ucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un sebanyak mungkin tetapi ianya tidak bermaksud pula anda harus membacanya dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspress. Ucapkanlah dengan santai insya Allah jika anda sering melakukan anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan. Setelah seminggu anda mengucapkannya setiap hari, cubalah layangkan email kepada saya untuk dikongsi pengalaman anda agar dapat menjadi pembakar semangat kepada yang lain.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment