Maka kenapa Allah swt tidak mengurniakan impian kita pada waktu tersebut, ianya kerana Allah swt lebih mengetahui bila waktu yang sesuai dan adakah permintaan hajat kita itu sesuai dengan perjalanan takdir kita.
Janganlah kita bersangka buruk kepada Allah hanya kerana kita tidak mencapai hajat kita. kita tidak tahu seandainya hajat kita dicapai pada waktu yang belum sepatutnya ianya akan merosakkan kehidupan kita. dan kita juga sebenarnya tidak akan tau dengan pasti bilakah waktu yang sesuai untuk kita memliki hajat itu dan adakah sebenarnya hajat yang kita inginkan itu bukan dalam takdir kita. Maka kita seringlah bertanyakan pilihan terbaik kepada Allah swt daripada memerintah Allah swt tanpa sedar agar meenunaikan hajat kita. Sesungguhnya Allah swt itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, dan kita semua tahu tentang itu cuma ikatan kehendak terlallu kuat untuk dirungkai.
Lazimkanlah berdoa “Ya Allah pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmu-MU, tentukanlah untukku dengan kehendakmu, aku pohon kemurahanMU yang sangat luas, kerana Engkaulah yang boleh menentukan sesuatu dan aku tidak boleh, Engkau maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui, dan Engkaulah yang paling tahu hal-hal yang ghaib. Ya Allah, jika sesuatu ini menurutMU baik bagi diriku, kehidupanku dan kesudahan ku maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku kemudian berkatilah, dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku maka jauhkanlah ia dariku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.”
Lazim yang saya maksudkan bukanlah sekadar menadah tangan di atas sejadah. Lazim bagi mereka yang mengamalkan soul power adalah melakukannya di mana sahaja hingga ianya menjadi satu kebiasaan. Cubalah lakukannya selama dua minggu di mana sahaja dan perhatikan perubahan hidup anda.
source
http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2008/06/antara-hajat-dan-waktu.html
Wednesday, 28 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment