sourcce
http://drinspirasi.com/blog/index.php/bakat/kutu-kegagalan/
Ambil seekor kutu ataupun beberapa ekor kutu. Letakkannya dalam sebuah bikar. Pada permulaannya, kutu tersebut mudah untuk keluar. Ini disebabkan lompatan kutu yang menakjubkan. Jadi untuk mengelakkannya keluar, letakkan sekeping papan atau penahan supaya kutu tersebut tidak dapat keluar.
Ini seterusnya berlaku. Pada permulaannya, kutu-kutu tersebut akan melanggar dinding papan atau penahan tersebut. Tetapi, selepas beberapa kali melanggar, sesuatu berlaku. Kutu tersebut akan mengurangkan ketinggian lompatan mereka. Menariknya, anda boleh mengangkat papan tersebut tanpa bimbang mereka akan keluar. Ini kerana kutu tersebut telah meletakkan batasan pada lompatan mereka.Padahal mereka mempunyai potensi yang besar.
Begitu juga yang berlaku pada manusia. Pada mulanya, mereka mempunyai impian yang besar untuk digapai.Ingin memiliki rumah yang berswimming pool, kereta besar, tanah pertanian yang menghijau. Mahu mempunyai keluarga bahagia, isteri yang comel loteh dan solehah, ataupun suami yang hensem seperti saya.. hehe melawak je.. :-P
Tetapi disebabkan dugaan ‘papan’ tersebut, akhirnya mereka berputus asa. Kegagalan demi kegagalan yang dihadapi menyebabkan mereka berputus asa. Padahal, pada asalnya mereka merupakan seorang yang hebat. Manusia mula membuat kesimpulan seperti kutu. Memprogramkan mindanya bahawa potensinya setakat itu sahaja.. Aduhai..
PS : Soalan cepumas hari ini, jadi perlukah kita memprogramkan minda kita seperti kutu padahal hakikatnya kita jauh lebih hebat?
Wednesday, 28 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment