Wednesday 28 October 2009

terapi solat ; perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

the best thing about this artikel is the

follow up research titled...

Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.


what is my follow up research???








Scientific studies prove three Universiti Malaya lecturer prayers required of Muslims every day to not only spirituality but practice has proved the wisdom implied physical and mental health, especially increasing the level of human health. Prayer as a pillar of Islam which every Muslim has to be studied from many angles spiritual. However, have we thought about the meaning of each movement as prayer qiyam, bow down, prostrate, prostration and sitting between two Tahiyat Tahiyat early and late.

Whether movement is simply a movement of the body has no meaning? Modern scientific research reveals that the practice is done five times each day is not only a spiritual practice that connects slave to its creator. Greatness prayers fact benefit the human body. Results of scientific studies to prove the duty of every Muslim has implied wisdom of human physical and mental.

More encouraging results obtained evidence that local studies, including a non-Muslim. They are lecturers at the Faculty of Engineering Department of biomedical Engineering University of Malaya (UM) led by Associate Professor Dr Fatimah Ibrahim with Professor Wan Abu Bakar Wan Abas and Ng Siew Cheok.

Driving this study is the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and grants through the Department of Prime Minister (PMD), the study aims to determine the therapeutic value of prayer against those who perform prayers, including in terms of cardiovascular system, body composition, signal the brain and muscle activity. Wan Abu Bakar Dr. clarify when the study said, they are biomedical engineers who have studied the human body in terms of engineering.

Reported, the study tried to see what happens to the actual physical and mental when people make prayers. "Research is divided into several sections, I examine the muscle activity, Siew Chok studying brain signals, which is what happens to the brain waves during prayers. Dr. Fatimah study body composition, "he said.

He said the study results found that there are many positive things to do when a prayer and included in this book `Prayer: Benefits From Science Perspective 'Department of biomedical issues. This book has two versions, English and Malay language.

So far, the study is the first scientifically done in this country. However, there have been several studies of the same, but not comprehensive and complete as do UM. A medical doctor from Indonesia, Prof. Dr. Moh Sholeh, doing research for special prayers tahajud.

He took blood samples, stress hormones (stress) and immunity in the body. After three months of doing prayers, samples taken again and found to increase immunity and decrease stress hormones. Formula prayers tahajud can treat cancer.

Another study conducted by three medical doctors from Hokkaido University in Japan, namely Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami and Yukio Mano, who found that body position (posture) prayers can treat the sick elderly bones.

Dr. Wan Abu Bakar, said the study should end this year, but the department has several new proposals to expand the study. Clarify further the study, Dr. Fatimah, who led the study said the new areas that will be studied is the difference between the common prayers and scholars.

"The study will examine brain signals scholars and common people during prayer. Are those brain signals are more pious than the usual quiet because we expect them to understand the language of the Qur'an, "he said. However, scholars have reported difficult to voluntarily participate in this test. He gave an assurance that their identity be kept confidential and only participate in the test sample is expressed from a particular group.

Compared to earlier studies that confirm prayer provides many benefits to human health, said further studies clarify the process of prayer to treat various diseases. Taking Erektil Dysfunction (ED) or impotence, for example, reported initial studies confirm that prayers have a positive effect for treating ED, but they want to study how to treat diseases such prayer movement.

Source: Daily News

======

Sumber : Berita Harian


Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. Solat sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat. “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sumber : Berita Harian

No comments: