source by Dr Inspirasi
tapi yang saya tak faham kenapa tajuk nya ialah#
http://drinspirasi.com/blog/index.php/pengurusan-masa/247/
Siti Nurhaliza Tidur Awal?
hmmm mesti ni ada yang saya tak faham kenapa tajuk jadi gitu....hmm... pelik...
---
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda lagi mengenai tips pengurusan masa.Ini disebabkan pada kebelakangan ini saya rajin membaca buku menegnai pengurusan masa. Rasa tidak cukup dengan masa yang ada. Jadi membaca buku pengurusan masa adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan jawapannya.
Jika anda mempunyai kerja yang perlu dilakukan pada keesokaan hari, salah satu tips yang berkesan adalah tidur awal. Tidur awal membolehkan anda bangun awal pada kesokkan hari. Ini membolehkan kerja yang ingin dilakukan itu dapat dilakukan dengan lebih awal lagi.
Tidur awal dan bangun awal untuk melakukan kerja adalah merupakan salah satu prinsip kejayaan. Banyak kerja dapat dilakukan jika anda bangun awal. Lebih-lebih lagi masa produktiviti manusia kebanyakkan berada dalam likungan ini.Percaya atau tidak,cuba lihat dan banding berapa banyak kerja yang anda dapat lakukan pada waktu pagi, tengahari dan malam. Didapati banyak kerja dapat dilakukan pada waktu pagi berbanding waktu yang lain.
Jadi, tidurlah awal. Setkan jam anda dan bersedialah untuk hari yang baru. Selangkah ke arah dalam merealisasikan impian anda.
Salam inspirasi.
Monday, 12 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment