Saturday 24 October 2009

Playstation Bukan Untuk Kita

Playstation Bukan Untuk Kita



wow saya agree dengan encik shamsuddin......



source
#

http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/10/playstation-bukan-untuk-kita/



Terlalu banyaknya kesan apabila kita mendedahkan diri kita dengan permainan dalam komputer terutama yang sejenis dengan Playstation ataupun permainan video. Anak-anak kecil juga sudah diasuh bagi membuat latihan bagi bermain dengan video supaya ianya menjadi tabiat dan sikap mereka apabila mereka besar. Apabila besar mereka akan terus menerus bermain ‘game’ terutama ketika di pejabat ataupun selepas balik pejabat bagi merehatkan minda.

Bukan sahaja duit dibelanjakan mungkin melalui pengunaan kad kredit, ataupun permainan itu dibeli mengunakan duit pinjaman peribadi yang belum dilunaskan sehingga hari ini.

Apakah isi kandungan watak-watak di dalam permainan video itu ? adakah ianya mengingatkan akan suruhan dan tuntutan Allah?

Selain dari membelanjakan duit, kita juga memberi ruang kepada anak-anak bagi terdedah dengan game yang rata-rata wataknya seksi-seksi. Apakah yang bakal merangsang anak-anak kita yang normal itu apabila melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Di sini www.shamsuddinkadir.com sekali lagi tidak menyarankan kepada mana-mana individu bagi memiliki, mengunakan ataupun mendedahkan diri dan ahli keluarga dengan permainan yang berpaksikan perkara yang memudharatkan kita yang ditegah oleh Tuhan yang memberi peluang kepada kita selagi tarikh mati kita belum sampai.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

No comments: