Thursday, 1 October 2009

travel log haji BOOK


first


i wish to buy this book.


then i wish to give this book as present to as many people as i can.


following from this story from prof kamil blog's....


Penyebab

September 30th, 2009
Semalam ada dua-tiga peristiwa ringkas tetapi sangat signifikan buat insan seperti saya.

Pertama, seorang pembeli buku Travelog Haji menulis SMS. “Prof, ada seorang pakar perubatan yang amat dikenali di dunia mengambil keputusan untuk menunaikan fardhu haji ketika usia 64 tahun setelah membaca buku prof yang kami hadiahkan kepada beliau!”.

Ia hanyalah penyebab. Hakikat sebenar, itulah bagaimana Allah membuka pintu hati seseorang.

Lebih daripada itu, beliau dan suami telah membeli buku Travelog Haji dalam jumlah yang besar untuk dihadiahkan kepada sahabat dan mereka yang hampir. Tentu sekali mereka sendiri sangat bergembira mendapat khabar tersebut.

Kedua, seorang kenalan yang sudah hampir 10 tahun tidak bertemu membuat panggilan: “Mil, tahun ini aku hendak naik haji. Buku demo membuat kawe’ menangis. Kawe rasa demo cerita kisah kawe. Buku tu kisah kawe!”

Saya doakan mereka mendapat haji yang mabrur. Tiada balasan bagi haji yang diterima Allah kecualilah syurga!

“Prof, buku ini akan menjadi buku motivasi haji yang evergreen,” kata SifuPTS ketika rakaman majlis pelancaran buku Travelog Haji pada penghujung 2007. Saya tidak ambil pusing kerana saya cuma sampaikan apa yang telah saya lalui dan saya fikir ia boleh memberi manfaat kepada mereka yang seumpama saya. Saya cuma mahu menceritakan kebesaran dan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya.

Saya bersyukur kepadaNya.

2 comments:

musafir said...

Terima kasih kerana membangkitkan kembali perasaan istimewa itu semasa berkunjung baitullah. Umrah pertama pada tahun 2004 benar-benar buat diri terasa istimewa mendapat layanan istimewa dari tuan rumah. SEtelah 7 tahun, ianya semakin kehilangan. namun buku prof telah menyentuh hati kecil dengan mendalam menyebabkan saya rasa tidak sabar untuk kesana lagi tahun ini menunaikan fardu haji pula. Tolong doakan Allah sudi menjemput saya tahun ini. status haji saya masih diperingkat rayuan.

knowledge seeker said...

ya Allah permudahkan beliau.

amin


Allah huma ameen