Saturday, 2 July 2011

apa ni : apa tu Silibus Permata999

hmmmm apa ni


Silibus Permata999

1. Kelas Permata adalah kelas yang saya adakan bermula dengan solat Magrib dan berakhir dengan Solat Isya, setiap hari, melainkan ada halangan. Rujukan bertulis adalah Kitab Al Quran dan rujukan tersirat adalah Kitab Alam. Visinya membentuk Permata Hati (5 orang anak) menjadi Arif bil Lah dan misinya untuk menjadikan mereka Ulil Al Baab. Penegasan utamanya ialah kepada mengapplikasikan huraian Ulil Ab Baab, “.. yazkurna Llah, qiaman, quoodan wa ala junubihim” iaitu 24-jam bersama Allah, dengan memahami bahawa kehidupan Akhirat itu jauh lebih baik, tetapi kehidupan di Dunia perlu yang terbaik.

2. Hari ini Kelas sudah memasuki siri ke 747 iaitu di permulaan Juzuk 27. Dijangkakan tamat pusing pertama dengan mencapai siri 999 (tolong, tolong, tolong) dan menjangkakan sambungannya berterusan walupun Permata dah semua meninggalkan istana (teratak buruk aja). Sebutan istana pasal mentakwilkan baiti jannati. Buku huraian adalah Siri Huraian AL Quran 30 jilid, yang satu masa dahulau berkumandang di RTM. Terus terang, sebelum ada yang mencadangkan siri tersebut ketingalan zaman, sebagai seorang yang mementingkan kefahaman ilmu sains, sememangnya huraian diberikan perlu dikemaskinikan.

3. Memahami falsafah Carakerja Allah, yang menjadi teras hujjah huraian saya, adalah berlandaskan kepada siri DARWIN yang ada di Blog Ustaz ini. Terima kasih Ustaz memberikan laulan kepada saya menulis di sini. Kalau diikutkan katanama falsafah itu, memanglah menakutkan dan tak pening ke Permata, seawal umur Tadika, didedahkan dengan konsep sedemikian? Alhamdullilah … Kelas berjalan, ada yang masuk … keluar balik, tetapi itu semuanya sebahagian dari kehidupan. Belajar meniti dan menaiki maqam, bermula dari zaman jasmani di dalam kandungan sehinggalah ke zaman jasmani sudah tua nanti. Pendek kata, Kelas yang direka sehingga saya pergi atau Permata pergi!

4. Tidak sekali-kali silibus mengulangi silibus resmi persekolahan. Bagi mengelak kecelaruan. Pada masa yang sama tidak sekali–kali, silibus Permata membiarkan kemahuan silibus resmi bertindak sendirian. Kedua-duaya perlu penserasian, sebagaimana pentingnya, Agama dan Sains juga perlu penserasian. Yang penting ialah memberikan kefahaman kepada Permata kenapa perlu adanya perbezaan. Silibus resmi sekolah menyediakan asas alat membaca bahan bacaan dan kehidupan, sementara silibus Permata merangkumi akhirnya bagaimana membaca Kitab Alam dan ketuhanan. Memang mencabar, bukan sahaja minda Permata, malah juga minda generasi sebelum Permata.

5. Kalau dilihat dari siri DARWIN, iaya bermula dengan kefahaman evolusi, konsep isi dan kulit, konsep keluar pintu ke Alam, Konsep penciptaan fi sittah ayyyam dan seterusnya. Tugas saya mempermudah segala perbendaharan makam tinggi kepada penceritaan yang boleh dicerna oleh minda Permata. Asasnya bukan memberikan ikan tetapi setiasa peka bagaiman belajar mengail, memukat ikan. Awalnya saya terlibat secara tidak lansung dengan Program Permata Negara, yang berlandaskan kepada pengajaran kreativiri silibus UK. Bukan subject atau activity based yang menjadi ukuran, tetapi sebelah mana bahagian otak yang digunakan, routine atau creative.

6. Secara peribadi saya bertuah kerana dapat mengikuti secara dekat pengajaran AIS (American International School) semasa 2 orang anak saya belajar ketika saya di luar negara. Cukup berbeza, sudah pasti, seperti yang dialami Ustaz di UK, tetapi semangat ‘Malaysia Boleh’ membuatkan saya kembali bagi memastikan anak saya memperolehi sijil keluaran Malaysia, walaupaun saya lahir di Singapura. Yakinlah Malaysia memang boleh, yang boleh tak boleh ialah minda kita. Tiada salah pada sistem, tiada salah pada penubuhan negara, hanya, selaras kata Ustaz, tugas kita memperbaiki minda kita, untuk memperbaiki sistem yang ada.

No comments: