Friday, 1 July 2011

bangun semata-mata untuk solat malam dan bukannya untuk menyediakan sahur

pesan dari prof untuk puasa di bulan Ramadhan...


source

http://muhdkamil.org/blog/2011/07/01/puasa/



Bulan Ramadhan sangat istimewa.

Jika ada wanita yang bertanya, “Prof, bagaimana mahu istiqamah bangun malam,” maka saya memberi jawapan yang sangat realistik, “nanti di bulan Ramadhan, puan-puan pasti akan menyediakan sahur untuk suami dan anak-anak. Bangun awal sedikit dan mulakan penyediaan sahur dengan melakukan solat tahajud dan witir”.

“Amalkan sebulan. InsyaAllah, selepas bulan Ramadhan ia akan menjadi lebih ringan kerana kita hanya bangun semata-mata untuk solat malam dan bukannya untuk menyediakan sahur!”

“Tidak begitu puan?, Allah bagi keistimewaan buat kaum wanita, InsyaAllah”.

Bayangan saya, barangkali inilah bulan Ramadhan terakhir untuk kami sekeluarga berada di Malaysia buat beberapa tahun yang mendatang.

89++, 100++ atau yang lebih mahal daripada itu sudah tidak menarik minat saya. InsyaAllah, saya tidak mahu meninggalkan solat maghrib berjemaah di masjid, ujian bulan ramadhan yang paling besar.



....

No comments: