Saturday, 2 July 2011

http://sharudin.com/permata999/

http://sharudin.com/permata999/


hmm ini contoh bagus

again contoh

boleh ikut?



Permata999 adalah kelas yang saya kendalikan untuk anak-anak saya bagi membudayakan Al Quran. Kelas yang dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah ini berakhir dengan Solat Isya’. Permata adalah lambang kepada 5 orang anak-anak saya, sulung dan bungsu lelaki mengapit 3 perempuan di tengah-tengah. Dikendalikan setiap hari melainkan hari Rabu dan cuti-cuti kecemsan. 999 (3 tahun) adalah jumlah minima hari yang dianggarkan untuk peringkat asas. Menjelang Merdeka 50 ini, akan berlalu tahun pertama Program Permata999.




===


Apa yang dilakukan semasa Permata999

1. Membaca beramai-ramai ayat-ayat yang berkenaan. Selalunya satu tajuk (dua muka surat Al-Quran dari Raja Fahd).
2. Seorang membaca terjemahan Melayunya.
3. Dah habis satu tajuk, baca nota-kaki sekiranya ada.
4. Isteri saya membaca huraian dari siri yang pernah keudara di RTM satu ketika dahulu.
5. Saya membuat huraian lanjut.
6. Sessi soal-jawab jika ada.
7. Mula dan akhir dengan doa dan Solat.




1. Setiap hujung minggu, kelas mengulang bacaan-bacaan solat, doa-doa, zikir-zikit dan surah-surah pendek, yang digunakan semasa solat. Solat itu adalah puji dan pinta, 2 komponent utama. Membudayakan solat bermakna kita mesti tahu apa yang kita katakan dalam solat.

2. Saya memberikan lebih penekanan kepada faham kepada ayat yang dibaca daripada tajwid. Maaf, serupa orang Itali atau Prancis cakap Inggeris. Dia faham apa yang dicakap tapi kadang-kadang pronuouncationnya berterabur. Bukan dipinggirkan tajwid, tapi prioriti adalah memahami apa petunjuk yang dismpaikan.

3. Kalau solat tak faham makna, kita tidak dapat menghidupkannya. Ibadah yang tidak hidup, tidak menyampaikan kita kepada tujuan ibadah itu dikerjakan.

Terima kasih

No comments: