Sunday, 12 September 2010

apakah ijazah & sanad Al-Quran?

apakah ijazah & sanad Al-Quran?


source



Jadi, apa kelebihannya jika saya memiliki sanad Al-Quran?

Banyak sebenarnya. Cuma kali ini, saya akan menyenaraikan 2 kelebihan terbesarnya dahulu iaitu :

1. llmu bacaan atau hafazan Al-Quran anda telah diiktiraf.

Bagi saya, secara tidak langsung, sanad yang tuan guru anugerahkan kepada anda berperanan sebagai ‘cop mohor’ terbesar, bukti kesahihan ilmu Al-Quran yang anda miliki. Apa yang saya katakan ini bukannya omongan kosong, kerana dengan memiliki sanad, anda sebenarnya memiliki salasilah guru.

Maknanya, jika ada orang lain ingin memeriksa kesahihan ilmu anda, ia dengan mudah dapat mengetahui dari siapa anda belajar dan setinggi manakah tahap kepercayaan ilmu yang anda miliki. Semua ini boleh diketahui dengan meneliti senarai rantaian ‘tuan-tuan guru’ yang terkandung dalam sanad, bermula dari anda hinggalah ke Rasulullah s.a.w.

Dengan kata lain, apabila salasilah tersebut bersambung sampai ke Rasulullah, barulah orang yakin dengan integriti ilmu anda.

2. Keberkatan ilmu dan kehidupan.

Soal keberkatan ini tidak perlu saya ulas lebih panjang maksudnya, kerana ia ada disentuh dalam bab 1 dan juga melalui cerita pengalaman hidup saya di awal bab ini. Mudah ceritanya, dengan bertalaqqi secara berguru serta menerima sanad darinya, ia akan menambah keyakinan kita, lebih-lebih lagi setelah mendapati nama kita digabungkan dengan para alim ulama besar dalam salsilah sanad.


===



Alhamdulillah, peristiwa itu memberi impak besar kepada saya dalam usaha mendisiplinkan diri menjaga hafazan Al-Quran, lebih-lebih lagi setelah sanad Al-Quran diterima. Dengan melihat nama kita ‘berganding’ bersama nama-nama besar dan mulia seperti Imam Jazari, Saidina Ali, Saidina Uthman bahkan Rasulullah S.A.W, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjaga nikmat selaku Al-hafiz yang Allah anugerahkan.

Kini, setiap kali melihat semula sanad Al-Quran, saya tersenyum sendirian. Senyuman syukur kerana berpeluang merasai nikmat bergandingan nama dengan ‘barisan penduduk syurga’. Cuma saya berharap selepas ini, Allah S.W.T perkenankan pula doa permintaan seterusnya - dapat berganding dengan mereka di Syurga Firdaus, InsyaAllah!

Tidakkah anda mahu ‘miliki rumah satu taman’ dengan mereka di syurga?

Oleh itu, cuba-cubalah dahulu menghafaz Al-Quran. Kemudian dapatkan pula sanadnya.

Jika semuanya dibalut dengan kalimah ‘lillahi Taa’la’, InsyaAllah, Tuhan pasti sediakan kita ‘banglo sebelah mahligai’ mereka!

Ya Allah, perkenankanlah.


==



amin......

apakah ijazah & sanad Al-Quran?

No comments: