Tuesday, 7 September 2010

nasihat prof jangan lupa berhenti untuk solat dhuha

Rancanglah tempat untuk berhenti solat dhuha walaupun ia dalam perjalanan pulang. Akan ada kepuasan nun jauh di dalam hati.

nasihat dari prof kami





Saya selalu ingin berkongsi harapan, marilah kita beraya tetapi jangan diabaikan solat berjemaah di masjid. Jangan lupa untuk bangun malam walaupun Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita.

Jangan lupa untuk membaca al-Quran walaupun tidak lagi bertadarus. Bacalah sehelai sehari, bacalah terjemahannya supaya kita dapat memahami isi kandungannya. Ia tidak terlalu sukar kalau kita lakukan kerana cintakan Allah dan bukannya mengharapkan ganjaran.

Rancanglah tempat untuk berhenti solat dhuha walaupun ia dalam perjalanan pulang. Akan ada kepuasan nun jauh di dalam hati.

Itulah makna perjalanan raya yang perlu difikirkan.

No comments: