masalah jarak jauh antara hotel dengan Masjidil-Haram akibat pembangunan baru yang sedang berlangsung di Kota Mekah.
source
http://muhdkamil.org/blog/2010/09/20/boleh-difikirkan/
Alangkah ruginya! Hakikat sebenar, itulah cabaran yang benar-benar memerlukan kekuatan jasmani dan emosi. Pagi sabtu yang lepas saya memberi sedikit saranan,
“Inilah cabaran tuan-puan yang akan menunaikan fardhu haji pada musim ini. Berdoalah supaya Allah permudahkan, memberi kekuatan dan menjadikan kesusahan itu sebagai satu nikmat yang menyebabkan kita tidak berasa pun akan sebarang kesulitan. Bukankah Allah itu Maha Berkuasa.
Itu dari sudut emosi. Bagaimana ikhtiar kita? Tuan-puan perlu menyediakan wang lebih bagi menggunakan teksi atau van untuk pergi ke Masjidil Haram atau pulang ke hotel dengan menggunakan pengangkutan yang sedia ada di Mekah. Jangan lokek. Jangan jadikan hadiah yang diberikan oleh rakan-rakan untuk membeli barang-barang yang tidak membawa kita ke Masjidil-Haram.
Katakanlah kita terpaksa memperuntukkan 30 riyal sehari untuk belanja pengangkutan, bermakna sebulan di Mekah kita terpaksa mengeluarkan 900 riyal. Potonglah bajet jubah, abaya, kayu koka, batu permata, cincin suasa. serban dan yang lain-lain lagi.
Ia pilihan yang perlu dibuat! Jika tuan-tuan uzur dan tidak berkemampuan itu soal lain. Saya fikir kita perlu merebut setiap peluang berada di sana untuk beramal ibadat di Masjidil-Haram sepenuhnya”
Ia satu pandangan yang boleh difikirkan. Masing-masing boleh membuat pilihan sendiri!
===
Salam sejahtera Prof,
Terima kasih kerana memberi saranan. Kadang-kadang kita tidak terfikir ada cara bagi mengatasi masalah.
Saya pun selalu mendengar cerita yang pergi ke masjid dengan cara berjalan kaki. Bila kena bayar tambang rasa rugi sangat. Yalah, saya faham apa yang prof maksudkan.
Saya pun akan cuba sedaya upaya saya mengikut kemampuan yang Allah bagi…
===
Salam sejahtera,
Benar sekali tulisan mumumimi, “Sesungguhnya Allah memilih di kalangan hamba-hambaNya mereka yang mampu beribadah lebih dari yang lain” sebab itulah ia perlu dipohon daripada DIA yang maha berkuasa.
Bangunlah 1/3 hujung malam yang tersisa, dan mintalah padanya agar DIA kurniakan apa yang kita kehendaki. Itulah janji Allah.
Dalam melakukan amal ibadat, sentiasa berniat dan memohon agar Allah mengurniakan yang terbaik di sisinya buat kita.
Saranan hanyalah saranan. Allah bagi akal dan fikiran untuk kita berfikir. Akal untuk berfikir juga berbeza-beza di antara manusia dengan manusia yang lain. Ini juga perlu dipohon supaya Allah memberikan akal yang cerdas untuk membuat keputusan yang terbaik di sisiNya.
Moga menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara Amin melalui SMS.
===
Salam Prof.
Sesungguhnya mereka yang ingin berjaya akan mengambil peluang dari keadaan dan situasi semasa tapi mereka yang tidak mahu akan mencipta alasan untuk menyedapkan hati.
Tanamkan tekad dihati dan set minda kita dengan perkara positif dari sini . Semangat haji cukup yang tinggi cukup penting. Insyallah semuanya akan dipermudahkanNya.
===
Salam sejahtera saudara Alihassan,
Saya jarang menulis melalui komen tetapi sentiasa bersemangat memberi pendapat apabila dikaitkan dengan ibadat haji. Ia wajib untuk sekali seumur hidup!
Tulisan ini bermula dengan satu kenyataan,
“Mil, saya tidak dapat solat lima waktu di Masjidil Haram…”
“Kenapa?”
“Kediaman kami jauh, Ia berbukit….. dan… dan”
Isunya, beliau mahu solat lima waktu di Masjidil Haram tetapi mempunyai masalah lokasi. Lalu persoalannya, bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut?
Bagi saya mudah…. naik teksi kalau kita berwang. Isu yang kedua pula timbul, wang terhad. Wang yang sama diperlukan untuk membeli cenderamata sebab wang yang ada dihadiahkan oleh ramai orang.
Maka timbullah pula soal membuat pilihan, bayar tambang teksi atau membeli cenderamata?
Saya fikir, saya mahu kedua-duanya. Saya mahu solat di Masjidil Haram setiap waktu, saya juga mahu memberi cenderamata kepada rakan-rakan saya.
Bagaimana mahu mencapai kedua-duanya?
Juga ada carannya. Bagaimana?
Jadi wang yang terhad itu saya gunakan untuk tambang pengangkutan ke Masjidil Haram.
Setiap hari, ketika berda di dalam masjid, ketika saya paling tenang, di tempat yang paling sesuai, saya akan memohon kepada Allah supaya setiap rakan-rakan saya dirahmati Allah, diberi kelapangan masa, kelapangan kewangan untuk hadir ke Mekah dan Madinah.
Barangkali doa-doa inilah cenderamata yang paling bermakna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment