Tuesday 21 September 2010

Kenalkan sebenarnya sehingga terasa jelas dan nyata keTuhanan Allah dan kehambaan kita.






source





Pengalaman Sendiri

Kemarahan ini pernah saya alami bertahun-tahun dahulu…ketika mencari hidup berTuhan yang sebenar. Konflik kejiwaan yang sekian lama tidak langsung pernah dijawab oleh semua mereka-mereka yang sentiasa memberikan nasihat kepada saya (bukan saudara).

Pakar motivasi, ustaz-ustaz, kaunselor, saudara mara, kawan-kawan, buku-buku, majalah-majalah, blog-blog etc…etc…

Mereka nasihat saya jangan putus asa, tapi cakap memang senang. Nak jadikan diri jangan putus asa macam mana?

Mereka nasihat saya kena sabar ketika menghadapi musibah dan masalah, tapi cakap memang senang. Diri yang menanggungnya?

Mereka nasihat saya kena kawal nafsu, tapi cakap memang senang. Diri yang nak mengawal?

Mereka nasihat saya kena rajin..jangan malas-malas, tapi cakap memang senang malah diri aku pun tahu. Tapi bagaimana nak merajinkan diri?

Mereka kata saya kena rajin solat kalau nak rajin. Kena rajin solat sunat kalau nak tenang dan bahagia. Bagaimana nak solat kalau memang malas? Bagaimana nak solat sunat kalau memang tidak ada kekuatan untuk melakukannya?

Mereka kata saya perlu buat baik, tidak boleh buat jahat. Nanti masuk neraka. Aduh!!! yang saya rasakan buat jahat lagi senang dan bahagia. Buat baik tidak semudah dan sebahagia buat jahat. Huh!!! Mereka cakap benda yang aku sudah tahu….ye aku tahu aku perlu jadi orang baik…tapi??? mudah?? senang?? hmmm….mereka cakap sahaja.

Cukup sekadar di atas sebahagiaan konflik-konflik yang pernah saya lalui dan saya amat yakin saudara semua laluinya. Saya yakin saudara sudah penat membaca buku, pergi ke kursus motoviasi, jumpa dengan kaunselor malah sudah penat mengadu pada Allah SWT namun konflik terus juga menyelubungi diri.

Saya tidak nafikan semua ini kerana saya mengalaminya beberapa tahun dahulu. Malah sesekali sehingga marah pada Tuhan dengan memprotes pelbagai hal.

Sebenarnya…jalan penyelesaiannya…

Semuanya sebenarnya kita tidak memahami bagaimana untuk hadir kepada Allah SWT. Kita tidak memahami kesedaran yang dikatakan kesedaran tertinggi akan Allah SWT. Kita tidak pernah diberitahu cara-cara bagaimana untuk benar-benar datang ke Allah.

Kita tidak pernah hadir…datang ke Allah dengan diri yang sejati. Kita hadir hanya dengan jasad yang tiada apa-apa sedangkan diri yang sejati entah ke mana.

Kita tidak mampu kembali dengan sebenar-benarnya kerana kita tidak memahami aturan Allah SWT. Kita tidak mampu bersabar, mengawal nafsu amarah etc kerana kita tidak tahu bagaimana ilham, fikiran dan akal membuat pilihan yang terbaik.

Kita tidak mampu berserah kerana kita tidak kenal Allah SWTdengan sebenar-benarnya sehingga rasa jelas dan nyata keTuhanan Allah SWT dan kehambaan diri kita. Malah kita tidak pernah kenal diri kita yang mana satu. TIDAK PERNAH DIJELASKAN OLEH MEREKA.

Kita tidak khusyuk solat, kita tidak redha dengan segala hal, doa kita tidak makbul, jiwa tidak tenteram, diri sejati gelisah, sempit terhimpit dengan pelbagai emosi. Cinta ke Allah kita lenyap. Cinta pada rasul jauh menghilang entah ke mana.

Semuanya kerana kita tidak pernah hadir kepada Allah dengan diri yang sejati..diri kita yang sebenar….sang Aku yang datang daripada Allah dan akan kembali kepadaNya.

Semoga kita dapat melihat hari ini kita mula membangunkan kesedaran yang sebenar….kesedaran tertinggi…MEMBANGUNKAN!!!! bukan sekadar cakap-cakap dan sekadar memberikan cerita dan tulisan yang seronok di baca tetapi benar-benar MEMBANGUNKAN KESEDARAN umat hari ini.

Kenalkan sebenarnya sehingga terasa jelas dan nyata keTuhanan Allah dan kehambaan kita. Kenalkan yang mana diri yang sejati yang datang dan kembali kepada Allah.

Semoga umat hari ini tersedar dari lamunan sekadar tahu tetapi tiada kesedaran yang mampu meningkatkan iman.

Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Fuad Latip

http://www.fuadlatip.com

http://www.facebook.com/fuadlatip

No comments: