Thursday, 9 September 2010

seminar hafaz Quran untuk orang awam

this is information about the past



but it is useful information for me to prepare for future....


why because ustaz plan to do it again in 2013

why? after he will come back to Malaysia from New Zealand.......



===


ok for me ok....


source





===

SEMINAR HAFAZAN AL-QURAN UNTUK GOLONGAN AWAM-KAEDAH JIBRIL


NIKMATI KEBERKATAN RAMADHAN DENGAN MULA MENGHAFAZ SURAH PILIHAN AL-QURAN!

KAEDAH JIBRIL DATANG LAGI!...... Setelah mendapat sambutan hangat pada seminar pertamanya (FULL HOUSE!, lebih dari 195 peserta!), kini ia diadakan lagi pada 9.SEPTEMBER 2007 (Ahad) di Dewan Seminar, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara, bermula 8.30 pagi hingga 5.00 ptg. Yuran penyertaan hanya RM 75 setiap peserta. Tarikh tutup penyertaan pada 4. September 07. Sms nama ke 019 2229602 atau emel – kaedahjibril@ yahoo.com. Maklumat lanjut di bawah.

Kaedah hafazan terbaru, mudah dan sangat Praktikal, khusus untuk golongan awam yang sibuk dengan urusan harian.... Kini, sesiapa sahaja boleh menghafaz Al-Quran!

- tentu anda tercari-cari selama ini kaedah yang paling sesuai untuk menghafaz surah idaman anda di tengah kesibukan urusan harian. Ditambah dengan bulan Ramadhan yang semakin hampir, anda tentu saja ingin meraih keberkatan bulan itu dengan mula menghafaz surah popular seperti Sajadah, Insan dll.

- Kini, anda akan dengan mudahnya menghafaz mana-mana surah pilihan dengan KAEDAH JIBRIL, ditengah-tengah kesibukan kerja dan urusan harian anda.

- Melalui kaedah ini, anda akan didedahkan bagaimana menghafaz 10 surah popular (spt Insan, Yasin, Sejadah ) dalam tempoh KURANG DARI SETAHUN!

4 MODUL YANG PENUH BIJAKSANA! SEMUANYA DIKETAHUI DALAM SEHARI!

Anda tentu akan sangat berpuas hati dengan informasi, maklumat dan kandungan MODUL KAEDAH JIBRIL, yang antara lainnya :

MODUL 1 - Hebatnya Al-Quran! : kenali kitab suci anda hayatinya dan fahami ke'mukjizat' annya!

- 3 keunikan dan kehebatan Al-Quran

- Beberapa persoalan yang selalu berlegar spt jawapan bukti keaslian Al-Quran

- Mengapa masyarakat perlu menghafaz Al-Quran

- Quranic Quotient (QQ - Kepintaran Al-Quran – serta kesannya kepada manusia

- Bentuk Pengajaran Tuhan yang sempurna 1 : gabungan "Rohani dan Jasmani"

- Bentuk Pengajaran Tuhan yang sempurna 2 : gabungan "Fikir serta Zikir"

- Matlamat akhir : menjadi manusia seimbang melalui hafazan menggunakan KAEDAH JIBRIL


MODUL 2 - KAEDAH JIBRIL – revolusi baru dan termudah dalam menghafaz Al-Quran ditengah kesibukan harian anda!

- Pendedahan kekuatan dan keajaiban fikiran manusia dari sudut saintifik dan Psikologi

- Kaedah Jibril : teknik pengenalan dan sejarah

- Kaedah Jibril : STRATEGI 3Q – kaedah asas menghafaz

- Kaedah Jibril : SERAMPANG 3 MATA - kaedah lanjutan serta cara ulangan

- Berita gembira ! : setahun 10 surah!

- 2 ciri tambahan : Fathus Sodar (pembuka pintu hati) dan Fathus Sobar (pembuka pintu kesabaran)


MODUL 3 - Ayuh kita berlatih! – latihan praktikal secara step-by-step tentang cara mengaplikasikan kaedah Jibril.

- Asas kefahaman Tajwid,Hukum & pembahagiannya

- 4 kaedah & cara membaca Al-Quran

- Sesi Talaqqi dan Musyafahah

- Praktikal Kaedah Jibril secara 'step-by-step'

- Soal-jawab tentang kaedah ini.


MODUL 4 - 10 Tips 'booster' ekstra! – senarai tips, teknik berkesan, petua serta beberapa amalan untuk para penghafaz.

- First Thing First : Doa Istimewa – sebelum dan selepas menghafaz

- Petua hebat mengekalkan hafazan dari Rasulullah

- 3 Cara berkesan untuk mengelakkan lupa

- Makanan 'halalan Toyyiba' penguat energi zahir batin

- membongkar rahsia besar : sebab mengapa hafazan gagal di tengah jalan.

- menepis keraguan di hati : susah hendak menghafaz dll.

- konsep 'Time management' dalam Islam

- Fakta memeranjatkan : apa yang anda penuhi dengan 63 tahun usia diberikan?


DIKENDALIKAN OLEH :

Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
B.A (Hons) Al-Quran, U. Al-Azhar,
Master (Hons) Psychology, U.K.M

PENGASAS KAEDAH JIBRIL
- Pelajar ke 2 terbaik bagi penuntut Malaysia bidang Quran dan Qiraat, U.Al-Azhar tahun 2002
- Meraih Anugerah graduan cemerlang Master Psikologi 2006 (U.K.M)
- berpengalaman 16 tahun dalam bidang hafazan.
- Johan 1-30 Juz majlis menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan tahun 1997 / 1998
- Berpengalaman mengajar di Maahad Tahfiz terkemuka seperti Maahad Ahmadi (kini dikenali sebagai ITQAN) dan Darul Quran.
- Berpengalaman mengendalikan kelas menghafaz Al-Quran bagi golongan dewasa, terkini di Masjid Wilayah, K.L

TESTIMONI

" Us. Asraff Menunjukkan cara terkini 'menyuburkan' Al-Quran dlm minda. Kaedah yang sangat MUDAH,dan yg penting, sangat-sangat praktikal."

- Us.Zamri - Pengajar rancangan 'MARI MENGAJI'

- hakim 'Akademi Al-Quran'

" Kaedah yg sangat mudah dipraktikkan dan sistematik.. .menyertainya menyebabkan saya rasa "WOW! Mudahnya nak hafal Quran!

- Siti Ujila - Pensyarah UPM

" Tak sangka seminar 5.8.07 itu FULL HOUSE!, nasib baik saya sempat mendaftar, dan kini, segala hafazan saya semakin kuat dengan teknik KAEDAH JIBRIL"

- Farhan – Darul Quran.

DIADAKAN DI :

Dewan Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara, K.L

TARIKH :

9 September 2007 (hari Ahad sebelum Ramadhan)

Sila daftar sebelum 4. September 07


MASA :

8.30 pagi – 5.00 petang

YURAN PENYERTAAN :

RM 75 SAHAJA (termasuk 3 kali makan, nota seminar,sijil penyertaan)

PENDAFTARAN/ PERTANYAAN :

Sila SMS kan nama ke :
019 222 9602 (Mohd)
Emel – Kaedahjibril@ yahoo.com

CARA MENDAFTAR
Sila masukkan RM 75 ke mana-mana dari akaun ini :

1 : akaun MAYBANK

15-5014948-839 (mohd asraff ayob)

2 : akaun CIMB

12-110006-4380- 57 (rizqona enterprise)

kemudian, sila smskan atau emelkan nama peserta dan waktu bank-in (tertera di slip). Juga tidak dilupakan, sila bawa bersama slip bank –in pada hari seminar.

Disebabkan tempat terhad, (150 peserta sj), maka kami amat mengalukan penyertaan awal utk mengelakkan kelewatan.

Sekian terima kasih
User avatar
mawaddah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
Posts: 1697
Joined: Wed Mar 21, 2001 8:00 am
Location: malaysia


===

Alhamdulillah.. :D

Dah pegi semalam..besh sangat..kaedah yg sangat2 praktikal bg org yg sibuk..

Tapi ini bukan kaedah utk menghafaz Al Quran 30 juzuk..cuma surah-surah pilihan je..

Sebagai seminar motivasi dan penguat semangat diri supaya lebih mencintai Al Quran dan mendekatkan diri kepada ALLAH..
User avatar
mawaddah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
Posts: 1697
Joined: Wed Mar 21, 2001 8:00 am
Location: malaysia

No comments: