Thursday, 9 September 2010

‘the best film’ koleksi ‘wajib tonton’ (opinion)




wow again from me


got to share with you.....


14 Senarai ‘the best film’ koleksi ‘wajib tonton’ saya….




this is from ustaz source here





‘Senarai pemenang ‘academy award’ kali ini adalah…… Maaf, bukannya filem favourite seperti Transformers, Titanic, Avatar atau The Hurt Locker yang menang, tetapi….Filem Bukit Kepong lakonan Jins Shamsudin!!’

Maaflah, jika anda merasa Avatar termasuk dalam ‘list’ kegemaran saya di bawah, anda sedang tersalah orang… Saya mengaku yang kesemua filem di atas telah saya tontoni, tetapi untuk meletakkannya dalam senarai filem kesukaan, minta maaflah, jauh panggang dari api!

Mengapa sebabnya filem ‘Avatar’ yang canggih-manggih itu gagal tersenarai?

Haa…. Ini yang penting…. Sebabnya terletak kepada soalan ‘Apakah nilai yang saya cari ketika menonton filem’. Jika nilainya setakat 18 SG, 18 SX, 18 PL, gagasan sempit hedonism, keganasan, materialism bahkan cenderung pornografi, bagi saya filem sebegitu hanya membuang masa dan menambah dosa. Kandungannya tak ubah setakat berperanan mendangkalkan fikiran dan menggelapkan kepekaan hati sahaja…..Tetapi jika anda ingin mencari sesuatu yang bermutu serta wujud nilai tambah bagi memperkayakan ‘worldview’ & meluaskan pandangan hidup, filem di bawah wajib anda cari DVDnya.

Soalnya, mengapa filem amat penting dalam dunia sekarang? Jawapan kepada soalan inilah yang telah lama dipegang kuat kaum yahudi/zionis, sehingga mereka berjaya menjajah fikiran kita secara tanpa sedar. Ini kerana menurut psikologi, filem (audio visual) merupakan wadah terbaik untuk meyampaikan ‘mesej’ ke fikiran bawah sedar manusia.

Ini kerana, fikiran bawah sedarlah yang selama ini memprogram segala yang anda fikirkan, tindak-tanduk anda hatta setiap pilihan yang anda buat setiap hari! Sekarang, nampak bukan betapa pentingnya filem jika ia dapat menjadi medium dakwah?

Pakar psikologi juga mengatakan bahawa medium filem, atau apa jua medium yang menggunakan teknologi gambar, muzik & cerita amat mudah ‘masuk’ ke kefahaman manusia. Pernah dengar tak, yang ada kes kanak-kanak terjun dari tingkap membunuh diri hanya kerana ‘perasan’ yang mereka itu sehebat Superman?

KREATIVITI DARI SEBERANG….

Maka jika pendakwah kita ingin dakwahnya lebih sukses pada masa sekarang,teknik ceramah dan khutbah sahaja tidak mencukupi. Industri filem perlu diteroka, dikuasai dan digunakan sepenuhnya. Lihat contoh industri perfileman Indonesia yang telah mengorak langkah menerbitkan drama dan filem berunsur islamik seperti ‘Kiamat sudah dekat’, ‘Ayat2 cinta’, ‘ketika cinta bertasbih’ dan lain-lain.

Paling tidak pun, teknik penyampaian dakwah perlu di’upgrade’kan. Saya amat mengkagumi teknik dakwah yang disampaikan oleh ESQ di bawah Ary Ginanjar, pakar motivasi Indonesia yang berjaya meng’islam’kan ilmu leadership & human resource. Tanpa menafikan sedikit unsur kontroversi dan perbezaan pendapat dalam kandungan modulnya, saya tetap memberi 10 markah penuh kepada kreativitinya dalam mengeksploitasi sepenuhnya audio visual untuk menyampaikan isi kandungan islam, sehingga dalam 3 hari seminar, sudah beribu orang yang ‘mengalir air mata’ & bertukar menjadi baik darinya…. Nampak bukan, betapa mudahnya hidayah masuk kalau betul caranya?

MALAYSIA JUGA SUDAH MULA MENGORAK LANGKAH…

Tetapi, apa kurangnya dengan kreativiti dakwah penerbit kita. Contohnya penerbit filem Erma Fatima. Tahun lepas, saya berkesempatan menonton teater sempena Maulidur Rasulnya iaitu ‘Rasul Junjungan’ di Istana Budaya. Benarlah, tak sama penghayatannya antara menonton teater tersebut dengan membaca ‘Sirah Ibnu Hisyam’…. Jika pengetahuan sirah Rasul yang dihadam selama ini hanya setakat ‘ilmu’ sahaja, tetapi dengan teater tersebut, ia mampu sedikit-sebanyak mendatangkan ‘feeling’ betapa sukarnya dakwah Rasul disampaikan & sudah tentu, betapa jahatnya manusia bernama Abu Jahal & the geng!… Dengarnya, tahun ini Erma ada menerbitkan teater islamik sebegitu iaitu ‘Antara’…. Tetapi saya tidak berkesempatan menontonnya… Yang pasti, cadangan saya, jika ada guru agama sekolah menengah sedang membaca entri ini, lebih baik anda hadiahkan tiket percuma teater tersebut kepada murid cemerlang sekolah anda.. Banyak ‘pencerahan’ bakal didapati nanti!

MAKA, SENARAINYA IALAH :

Baiklah, saya kongsikan senarai ‘the best film’ saya… Tetapi sebelum itu, saya mengaku yang filem di bawah bukan 100 peratus bersih & suci…Maklumlah, kilangnya kan dari Hollywood, sudah tentu ada disisipkan adegan 18 SX, 18 SG dan 18 PL sebagai perencah… Harapan saya, bila sampai ke scenenya nanti, tutup sahaja lah mata anda, atau lebih mudah tekan sahaja butang ‘fast forward’ di remote control…. Ia takkan menjejaskan cerita jika anda tidak menontonnya, tambahan pula adegannya hanya sekitar 5% dari keseluruhan filem, sekadar ‘nasi tambah’ atau penyedap cerita sahaja….

Berikut adalah senarai wajib filem (tidak menurut urutan) yang paling saya sukai :

1. Shawshank Redemption

Filem ini menduduki ranking no.1 sebagai filem yg paling diminati oleh lelaki (internet vote). Kisah tentang bagaimana seorang lelaki yg difitnah hingga terhumban dalam penjara, kemudiannya melepaskan diri dengan cara yang sungguh ‘brilliant’. Ia mengajar kita tentang erti kesabaran dan kecekalan, serta makna sebenar usaha ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : kali terakhir ketika Morgan Freeman (Sbgai Mr. Red) beri alasan ‘kenapa saya perlu keluar dari penjara’…. Memang jawapannya membuatkan penyoal ‘terduduk’!

2. Pursuit of Happyness

Ini satu lagi cerita bermutu dari kilang Hollywood. Mengisahkan bagaimana kecekalan seorang bapa kulit hitam menghadapi kesusahan hidup…. Pernah ditinggalkan isteri, tiada rumah hingga ke tahap terpaksa tidur dalam tandas awam….memang sedih….tetapi akhirnya, dia menjadi seorang jutawan sekarang(based on true story).

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Ketika Will Smith (Chris Gardner) sedang membaca buku tengah malam sambil berdiri dengan berbantukan cahaya lampu tepi lorong jalan…. Tiba-tiba lampu tersebut terpadam…kasihan betul Chris ketika itu…. dapat betul kita rasakan betapa kuatnya azam si bapa ingin merubah nasib hidupnya…

3. Good Will Hunting

Jika anda tertanya-tanya kenapa sesetengah anak memiliki otak pintar tetapi berperangai ‘samseng’ & tak suka ikut peraturan, mungkin filem ini memiliki jawapannya. Mengisahkan seorang ‘genius’ matematik (Will Hunting) yang dapat meyelesaikan masalah matematik di mana professor matematik pun tak dapat menjawabnya, tetapi berperangai angkuh & degil. Then, dengan bantuan seorang pakar psikologi, dia telah berjaya di’baik’kan.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Saat di tepi sungai, ketika Will Hunting ‘terdiam’ kerana diperli professor psikologinya, bila dia merasa kepandaiannya mengetahui semua perkara tidak semestinya membuatkan dia seorang ‘bijak’.

4. Coach Carter

Ini satu lagi filem ‘based on true story’ yang bagus dari Hollywood. Bagi saya, ia wajib ditonton oleh semua guru yg berdepan dengan anak murid degil2. Mengisahkan bagaimana seorang pelatih bola keranjang melatih sekumpulan pelajar yg ‘dahlah tak terel, tapi rasa macam best’…. Ia sangat baik dalam memperihalkan maksud ‘yakin dengan kelebihan diri anda’ ketika orang lain semuanya mengatakan ‘tidak mungkin’.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Kata-kata salah seorang anak buah Coach Carter ketika memberi alasan kpdnya mengapa mereka perlu meneruskan perjuangan team bola keranjang mereka.

5. Tae Guk Gi (Brotherhood)

Ini merupakan satu-satunya filem korea yg saya minati. Kisah seorang abang yg menyayangi adiknya bersungguh-sungguh, tetapi si adik tidak dapat menangkap ‘cara’ abang mengasihinya. Kisahnya berlatar belakang perang saudara korea. Adengan perangnya sangat bermutu hingga sy rasa ‘lebih hebat dari Filem Saving Private Ryan’.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : adengan laast sekali, bila si adik baru mengetahui yang ‘rangka’ tulang belulang yg ditemui itu adalah abangnya…. Sediih oo…

6. Slumdog Millionaire

Kalau nak tahu apa maksud sebenar ‘nasib baik’, tonton lah filem ini. Dan kalau anda nak tahu juga erti kemiskinan sebenar, tontonlah filem ini. Kisah seorang budak dari ‘slum- kawasan setinggan india’ bertukar menjadi jutawan hasil dari kejayaannya menjawab semua soalan dalam kuiz ‘who want to be millionaire’….. yg bestnya, semua jawapan tersebut bukan diketahui dari pembacaan, tetapi dari pengalaman perit hidup!

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : ‘Amitabh, amitabh bachaaaaan’…. Mesti siapa yg dah tonton filem ni, mereka akan selalu ulangi adegan Jamal Malik (ketika budak) berlari keluar dengan badan berlumuran kotoran meluru ke Amitabh Bachan… punyalah peminat fanatic…..

7. Invictus

Filem ini baru sahaja saya tonton. Sekarang baru saya tahu mengapa Nelson Mendela begitu dihormati oleh kulit hitam dan juga kulit putih sehingga meraih ‘Nobel peace prize’. Dan bagi saya juga, ia menyediakan jawapan bahawa setiap pemimpin perlu berjiwa besar, berhati besar dan bersedia memaafkan kesalahan orang lain serta tidak perlu meneruskan ‘kitaran permusuhan’. Bagus juga kalau pemimpin parti politik melayu kita atau N.G.O islam yg selalu bergaduh berebut ahli atau berbeza pendekatan dakwah itu menontonnya!….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Ketika Presiden Mendela dan ketua pasukan ragbi Afrika selatan bertemu di pejabat presiden dan berbual…. Cara mendela menghargai Matt Damon (ketua ragbi) membuatkannya terus bertukar fikiran terhadap presiden kulit hitam itu!

8. Beautiful Mind

Filem ini memang best jika kita ingin tahu erti ‘belajar kerana ilmu, bukan kerana peperiksaan’ dan mengapa ‘cerdik pandai orang putih’ banyak mendapat hadiah Nobel. Berlatar belakangkan Princeton University, institusi menara gading antara top 10 dunia, bak kata isteri saya ‘susah nak cari orang melayu kita lepas masuk ke sana’…… Seorang professor ekonomi terkenal yang separa ‘mereng’ akibat penyakit halusinasi, tetapi berjaya meraih hadiah Nobel dari kajiannya…

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Ketika Prof. tersebut sedang tekun meyelesaikan masalah matematik sampai menulis-nulis formula math di dinding dan cermin!

9. Children of Heaven

Antara filem iran yang ‘quite simple’ tetapi mendalam maksud tersiratnya. Filem arahan Majid Majidi ini mengisahkan tentang kanak-kanak yang kehilangan sepasang kasut. Kanak-kanak itu berusaha mencari semula kasut itu kerana dia tahu kemiskinan keluarganya tidak memungkinkannya membeli kasut yang sama semula…

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Saat ketika kanak-kanak itu berlari marathon untuk mendapat hadiah nombor 1…. Cekal sungguh semangatnya!

10. Life is beautiful

Jika anda mencari inspirasi teknik berfikir positif ketika dirundung krisis besar berterusan, cadangan saya, tontonilah filem ini. Mengisahkan seorang bapa bersama anak yang ditawan di kem tentera Nazi. Si bapa telah melakukan berbagai perkara untuk ‘twist’ minda anak bahawa mereka bukannya ditahan Nazi, tetapi sedang bermain pertandingan dengan banduan lain. Jika mereka menang, hadiahnya adalah kereta kebal!

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Babak ketika si bapa men’terjemah’kan arahan askar German untuk anaknya. Askar German berkata lain, dia pula terjemahkan lain!

11. Filem Indonesia : Laskar Pelangi

Saya amat bersetuju 200% jika filem ini ditayangkan kepada semua kanak-kanak sekolah luar Bandar. Ini kerana isinya benar-benar bermutu, mendidik, dan layak ditonton oleh generasi kita.

Biar darinya, mereka terinspirasi dari kesukaran hidup. Biar mereka tahu yang kemiskinan bukanlah penghalang untuk berjaya. Biar mereka sedar bahawa jika mereka mengira hidup mereka amat sukar, ada orang lain di tempat lain yang berlipat kali ganda lebih susah dari mereka. Tak sangka juga ye, Indonesia mampu menghasilkan filem bermutu sebegini.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Ketika Lintang menjawab soalan matematik dengan begitu cepat dalam kuiz matematik yang disertainya…. Fuh, budak ni memang brilliant!

12. Filem arab : Omar Mukhtar & The Message.

Kedua-dua filem ini adalah filem arab tetapi terdapat juga versi English. Jika anda benar-benar ingin hayati perjuangan Rasul, tontonilah filem The Message. Anda akan fahami, betapa sukar dan deritanya Rasul menyampaikan islam yang senang-senang je kita terima sekarang…..

Omar Mukhtar pula menceritakan ‘sisi berani’ pejuang Islam Libya. Dari filem ini, kita akan fahami maksud sebenar syahid, dan darinya juga kita belajar bahaw islam hanya akan berperang bila diprovokasi dan untuk mempertahankan diri, bukan sengaja ‘bom sana, bom sini’ seperti yang ingin di’picture’kan media barat tentang kita….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Aksi Saidina Hamzah mem’belasah’ Abu Jahal depan Kaabah…. Hmm..baru depa tau yang bapa saudara Mohammad ini dah masuk islam rupanya!

13. Filem melayu : Bukit Kepong

Ada orang bertanya ‘ustaz takde ke minat filem melayu?’ Ini jawapannya : bukan tak minat, tapi banyak sangat filem kita yang merosak dari mendidik, kecuali filem ini. Ia sebenarnya filem lama. Kalau ak salah saya tahun 70 an kot…. Tapi saya sudah menontonnya lebih 3 kali dan sehingga kini masih meminatinya…. Ia benar-benar sebuah filem sejarah yang berjaya mengajar kita ‘erti bahaya komunis’, erti pentingnya kestabilan kaum dll. Cadangan saya : kepada generasi muda sekarang yang banyak hiruk-pikuk dalam blog menuntut itu-ini, sedangkan mereka tak pernah merasai zaman ‘makan kayu ubi berbulan-bulan’, fahamilah betapa sukarnya generasi dulu memperjuangkan kestabilan.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : Scenenya saya sudah agak lupa, kerana sudah agak lama tidak menontonnya, tetapi rasanya ketika Jins Shamsudin selaku polis ketika itu sedang bertahan ala ‘last man stand’ di Balai Polis Bukit Kepong dari serangan komunis. Tapi yang sedihnya, dia akhirnya tewas.

14. Kartun : Bolt, Kung Fu Panda & Ratatouille

Ada rakan yang gelakkan saya kerana masih meminati kartun. Tetapi benar, 3 filem ini bukan sebarangan kartun. Ia adalah karya kartun yang mengajar kita cara berfikir lurus dalam hidup. Filem Bolt mengajar kita makna ‘nothing impossible’, sementara Kung Fu Panda pula mengajarkan makna ‘from zero to hero’. Ratatouille? Hmm… selain memperkenalkan masakan Perancis, ia mengajar kita bahawa erti sebenar ‘di mana ada kemahuan, disitu ada jalan… yang penting percaya diri anda dan terus berusaha!’

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : banyak sangat…faham-faham jelah, namanya pun ‘kartun’.



==



more on the comments


Assalamualaikum,

Nampaknya kita ni satu aliran minat yang sama. Maka dengan itu saya ingin merekemenkan saudara filem dibawah ini tapi mungkin saudara sudah tengok tapi kalau belum tengok pegilah cari cepat dan tengok bersama isteri.

1. Schindler’s List
2. The Killing Field
3. My Dog Skip
4. Mystic River
5. Once
dan tak lupa juga
Ketika Cinta Bertasbih & Ketika Cinta Bertasbih 2 (member saya gelakkan saya bila saya rekemen filem ni? Saya pun tak faham apasal?)

Wassalam,
Andimazlan
http://www.thebestfilms.net


===



ada yang saya dah tengok dan ada belum........




wow !! hebat ilmu saya dapat hari ini... thank you Allah



yang tersurat dan tersirat....



:)

No comments: