Monday, 20 September 2010

Moment of Truth from prof kamil

Saat kebenaran



source




Moment of Truth atau saat kebenaran tersangat penting dalam dunia perniagaan. Malah ia juga penting dalam kehidupan sehari-harian.

Sekali pandang melihat premis perniagaan terus jatuh hati dan membawa kita ke dalam kedai. Itulah saat kebenaran yang menyebabkan pelanggan jatuh cinta.

Sapaan pertama kepada pelawat di pejabat adalah saat-saat kebenaran yang sangat penting. Emmm…. “Prof Kamil sombong” atau “beliau seorang yang merendah diri”, barangkali keputusan segera yang di buat oleh tetamu.

Pagi ini saya melihat “moment of truth” yang gagal dimanfaatkan. Kebiasaan, saya membeli akhbar di sebuah gerai. Bila nampak kereta berhenti, tuan punyai gerai terus bangun dan bertanya, Utusan?, STAR?.

Beliau tampil ke tingkap kereta. Ia urusan semudah 1, 2 dan 3.

Hari ini saya melihat gerai lain yang semakin membesar. Saya ingin bertukar selera. Lalu memberhentikan kereta betul-betul di hadapan gerai. Sayalah satu-satunya pelanggan beliau. Beliau mengalihkan anak mata ke tempat lain. Berpura-pura sibuk kerana enggan keluar kedai untuk bertanya pelanggan yang berada di dalam kereta.

Emmm…. beliau kehilangan seorang pelanggan serta merta!

Beliau kehilangan hasil jualan RM90.00 sebulan, RM1080 setahun dan RM10800 bagi setiap 10 tahun. Jika dua atau tiga pelanggan yang lari disebabkan sikap tersebut maka jumlahnya menjadi semakin besar. Sebagai lulusan perakaunan, saya nyatakan kita diskaun 50 peratus atas dasar konservatif.

Begitulah, rezeki itu datangnya dari Allah. Namun kita perlu berusaha dan barulah kita berpuas hati dengannya.

No comments: