Monday, 20 September 2010

musim haji dan metod 3 jam

source

http://muhdkamil.org/blog/2010/09/17/musim-haji/


http://muhdkamil.org/blog/2010/09/17/musim-haji/


Senarai mereka yang berjaya menunaikan haji sudah mula diedarkan.

“Prof, kami terpilih untuk menunaikan fardhu haji,” suara gembira atau SMS ceria melalui telefon bimbit mulai diterima.

“Apa nasihat prof untuk kami?”

Lalu saya bercerita apa yang tidak ditulis melalui Travelog Haji.

“Jangan lupa latihan fizikal. Hampir enam bulan saya berjogging di tepi tasik Seksyen 7. Pada hujung minggu kami berjalan laju di sekitar seksyen 9 selepas pulang daripada menunaikan solat subuh. Malah ada ketikanya kami bertawaf mengelilingi gelanggang tenis di Kondo Kemuncak sebelum ke pejabat”

Aspek ini sering diabaikan.

“Prof, kami tidak sangka mendapat tawaran untuk menunaikan fardhu haji. Sudikah prof membantu kami, mengajar kami dalam masa yang terdekat ini. Kami sangat-sangat terdesak,” salah satu panggilan yang saya terima.

Dua tahun saya menolak untuk mengajar bagaimana mahu menunaikan fardhu haji. Bagaimanapun tahun ini saya menerima tiga pelawaan bagi membantu mereka yang sangat-sangat “nervous”. Isunya, bagaimana mahu menyampaikannya dengan berkesan dalam tempoh dua atau tiga jam.

InsyaAllah… ada caranya!

No comments: