Buku yang Mengubah Hidup..
You are the same today that you are going to be five years from now except for two things: the people you associated with, and the books you read – Charles “Tremendous” Jones (President of Life Management Services, Inc
Petikan atau quote diatas saya ambil dari presiden syarikat Life Management Services yang sememangnya terkenal dengan perniagaannya. Anda sememangnya akan sama saja dari sekarang dan 5 tahun akan datang. Jika sekarang anda pakai Proton Wira, 5 tahun akan datang juga anda akan memakai Proton Wira. Jika sekarang anda kerja kilang, ya memang 5 tahun dari sekarang itulah juga pekerjaan anda.
Apa yang dapat mengubah hidup anda adalah orang yang berada disekeliling anda dan juga buku yang anda baca. 2 benda ini sangat berkuasa dalam menentukan masa depan anda dan sebagai contoh, telah saya katakan tadi, hidup saya juga berubah setelah membaca ‘Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar!’ daripada Dr. Irfan Khairi. Walaupun buku tersebut adalah menceritakan asas perniagaan internet saja, namun dengan ilmu yang ada dalam buku tersebut membuatkan saya bersemangat untuk ketahui dengan lebih dalam lagi mengenai perniagaan internet.
Boleh la saya katakan buku tersebut sebagai batu loncatan saya untuk mengenali perniagaan internet yang sebenar. Saya kini sudah berubah dari 6 bulan yang lepas, iaitu masa saya membaca buku tersebut. Jika 6 bulan lepas saya masih lagi menggunakan komputer cabuk, tak ada internet di rumah dan hanya menggunakan cyber cafe untuk cek email dan sebagainya, namun kini dah lain pula ceritanya. Malah, saya ke kolej nak belajar pun jalan kaki saja.
Tapi, kini selepas berbulan menjalankan perniagaan internet, alhamdulillah saya dah boleh hidup dengan lebih baik dari 6 bulan lepas, dan dah boleh tolong orang tua saya apa yang patut, dan saya harap anda pun begitu juga. Berusahalah untuk menambahbaik hidup anda dan hidup orang disekeliling anda. Bacalah buku/ebook dan jika anda masih belum berjaya, dapatkan mentor supaya boleh membimbing anda dari A-Z.
Ikhlas,
AmmarZahar
===
Salam..
Betul. Saya juga melalui buku yang membibitkan rasa cinta kepada perniagaan(ayat skema) dan buku itu adalah Jutawan Senyap oleh Chef Li.
Smpai sekarang buku itulah yang menjadi motivasi terkuat saya.
mazlie
===
2 buku yg mengubah mentality saya -> Rich Dad Poor Dad , CashFlow Quadrant…
1 buku yg membantu saya mengenali dunia perniagaan internet ->
Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar…
3 buku ni yg telah mengubah pemikiran saya mengenai memperoleh kejayaan dalam kehidupan…
No comments:
Post a Comment