Wednesday, 15 September 2010

novel hidup yang benar cerita : true story




Hanya Ingin Kau Tahu Bahawa Dia Hidup Bahagia Kini | Perasaan Gembira Dengan Warna Biru



bunyi macam novel tapi ia kisah benar from

====






Salam.
Bila kita berada ditengah-tengah manusia yang kita sayangi, ia sesuatu yang agak rumit bila kedua-duanya memerlukan kita sebagai tempat meluahkan dan mendapatkan maklumat. Payah, walaupun jujurnya bangga melihat kedua-duanya bangkit sebagai manusia baru. Cuma bila kenangan lama mengusik jiwa masing-masing, kita yang menerima maklumat sambil tersenyum dan hanyut dalam kenangan mereka juga.

Perasaan gembira dengan warna biru.
Alhamdulillah, hari aku bermula dengan baik. Senyuman yang terukir di wajah menjadi sumber kekuatan untuk aku bangkit sebagai diri aku sendiri. Sepanjang jalan mendengarkan radio, tazkirah pagi serta lagu-lagu yang mendamaikan hati, aku kembali mendengarkan lagu yang aku dengarkan sepanjang hari semalam. Masayoshi Yamazaki : One More Time, One More Chance. Ada seorang yang aku kenali di dunia maya mencadangkan lagu ini untuk novel aku. Terima kasih lelaki yang mempunyai rambut menarik. Senyum.


Ini kasut dan pakaian aku hari ini. Ya, serba biru dan kerana itu mungkin ia memberikan aku semangat berlebihan untuk meneruskan tugasan seperti biasa. Senyum. Oh, tiada kasut tumit tinggi disebabkan aku ada bengkel pertukangan kayu lagi hari ini.

Lelaki.
Kepala sudah diletakkan di bantal. Badan sudah dibaringkan dengan selesa di atas katil apabila telefon genggam mengalunkan lagu Korea yang diminati. Lihat nama dan panggilan dijawab. Persetankan dengan suara yang mula kasar lebih daripada biasa disebabkan sudah mengantuk dan tersengguk berkali-kali ketika menulis.

Lelaki : Salam Dak Zara.
Aku : Salam pakcik. Kenapa?
Lelaki : Betulkah kawan kau nak tunang lepas raya?
Aku : Kawan yang mana pakcik? Kawan aku ramai nak tunang ni.
Lelaki : Siapa lagi kalau bukan si dia.
Aku : Oh, dia? Ya, nak tunang dan kahwin terus.
Lelaki : Kahwin? Dengan siapa?
Aku : Yang pastinya dengan lelaki juga.
Lelaki : Aku tanya betul-betul.
Aku : Dah aku tak kenal. Pilihan keluarga dia.
Lelaki : Dia bahagia ke?
Aku : Bahagia aku rasa. Dia pun suka.
Lelaki : Mustahil.
Aku : Apa yang mustahil?
Lelaki : Kami bercinta lima tahun sebelum ini. Takkan dia dah lupakan aku?
Aku : Kau dah kahwin dengan perempuan lain!
Lelaki : Habis tu?
Aku : Dia dah belajar lupakan kau. Apa masalah kau?
Lelaki : Tapi hari tu, dia menangis macam apa.
Aku : Hari itu dah berapa lama? Dah dekat setahun.
Lelaki : Senang sangat dia berubah.
Aku : (mula angin dan hilang mengantuk) Kau yang berubah dulu.
Lelaki : Takdir dan jodoh aku dengan isteri aku sekarang.
Aku : Dan mungkin takdir dia dengan lelaki sekarang ini.
Lelaki : Kenapa aku rasa bengang?
Aku : Sebab kau bangang, boleh?
Lelaki : Kenapa pula?
Aku : Sebab kau dah ada isteri, jadi cukup.
Lelaki : Kau dah nak tidur?
Aku : Tengok jam pakcik.
Lelaki : Kau kalau nasihat aku tak keras sangat boleh?
Aku : Aku nak kau dan dia sama-sama bahagia.
Lelaki : Terima kasih Zara.
Aku : Asalkan kau dan dia gembira. Pakcik dah ada makcik baru, dan biarkan makcik juga punya pakcik baru. Adil.
Lelaki : Adilkah?

http://images1.fanpop.com/images/photos/1500000/Love-Triangle-vampire-knight-1586039-2400-851.jpg

Perempuan.
Aku mahu dia bahagia. Sudah banyak air mata yang tumpah setahun yang lepas. Raungan derita sudah penat diempang. Luka yang terjadi begitu payah untuk diubati dan aku sangat berharap agar kali ini semuanya berhasil buat dia. Betapa melihatkan dia bangun setelah segalanya musnah, kehilangan cinta dan kerjaya dalam masa yang sama, aku inginkan senyuman yang sedang terukir di wajah manis itu akan kekal buat selamanya.

Aku : Malam tadi kawan lama kita telefon.
Perempuan : Oh, dia ke? Nak apa?
Aku : Dia tanya betulkah kau nak tunang dan kahwin lepas raya.
Perempuan : Sudahnya kau jawab apa?
Aku : Aku mengiyakan sahaja.
Perempuan : Apa lagi dia cakap?
Aku : Banyak juga, tapi aku rasa dia faham sekarang yang kau juga perlu bahagia.
Perempuan : Kau yang tolong aku, aku tidak akan lupa.
Aku : Kekuatan kau juga.
Perempuan : Kalau dia telefon lagi, beritahu dia yang aku bahagia.
Aku : Senyuman di wajah kan?
Perempuan : Segalanya berjalan lancar, dan aku tidak mahu fikir banyak.
Aku : Moga yang baik-baik menjadi milik kamu.
Perempuan : Kau juga. Kau kesayangan aku tahu?
Aku : Selepas bersuami nanti, aku mahu tahu apa akan jadi nanti.
Perempuan : Kalau lelaki itu boleh, aku pasti aku juga boleh.
Aku : (ketawa) Kau tetap tidak mahu kalah dengan dia.
Perempuan : Pasti.

Dan aku mahu kalian tahu yang kalian adalah antara kawan-kawan yang sentiasa mewarnai hidup aku. Mari lihat perjalanan hidup masing-masing menuju ke puncak kebahagiaan yang utama. Kalau bukan aku ke arah jinjang perkahwinan dan pernikahan, aku mahu kalian tahu yang aku gembira melihat keindahan majlis kalian dengan penuh senyuman.

Zara : Mahu meneruskan urusan duniawi seperti biasa tanpa meninggalkan urusan akhirat. Sepanjang pagi telah menghabiskan masa menyiapkan tugasan hingga awal minggu hadapan punya, untuk menyiapkan diri dengan senyuman dan tenaga yang sepatutnya menghadapi hari ini.


go here for more stories

No comments: