Monday, 20 September 2010

kahwin cara prof kamil dan saya ???



source




Kahwin

Sara berusia 20 tahun.

Roza berkahwin ketika usianya 22 tahun. Maknanya, kalau mengikut keturunan, dalam tempoh dua tahun Sara akan melangsungkan majlis perkahwinan.

Namun soal kahwin bukan urusan kita. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ramai yang merancang tetapi tidak kesampaian. Ramai yang bercinta tetapi hampa.

Saya selalu mengingatkan Sara, jika ada sesiapa yang berkenan kena maklumkan kepada ayah. Jika mahu kahwin ketika tengah belajar pun ayah akan bersetuju. Namun pertimbangkan agar lelaki yang dipilih baik latarbelakangnya dan bertanggungjawab.

Ia tidak perlu dirahsiakan!

Namun perkahwinan di tangan ayah adalah perkahwinan yangsimple. Ia tidak akan membebankan bakal suami. Ayah tidak akan menuntut sebarang duit hantaran. Tetaplah beribu atau puluhan ribu maka semuanya adalah milik Sara. Biar kesemuanya menjadi mas kahwin.

Bila selesai majlis, Sara dan suami tidak menanggung hutang. Binalah hidup nanti dalam suasana yang sederhana.

Tiada belanja hangus.

Ayah sedang memikirkan bagaimana mahu isikan majlis perkahwinan tersebut dengan cara kita. Biarlah ia tidak mengikut adat tetapi biar kita mencipta adat.

Ia memerlukan kesungguhan!



===



Salam..

Andai semuanya berfikiran seperti Prof pastinya aman dunia ni.. Tapi hidup tanpa ujian ibarat makan tiada garam dan gula.



===



:)

NotaMKI: Salam sejahtera. Cuba ketepikan garam dan gula. Sedap atau tidak terletak kepada pemikiran kita. Cuba sediakan teh tanpa gula. Letakkan guka di sebelahnya. Kalau biasa kita guna tiga sudu teh, gantikan dengan 2 1/2 sudu. Ia tidak membawa sebarang perbezaan rasa.

Kemudian, cuba lagi kepada 2 sudu teh. Lama kelamaan rasa 3 sudu teh gula sudah dapat kita lupa.

Kemudian, cuba lagi 1 1/2 sudu teh gula… InsyaAllah rasa sedapnya sama sahaja dengan 3 sudu teh gula.

Cuba lagi dengan 1 sudu teh gula… emmm… masih terasa manisnya.

Kemudian, cuba pula dengan 3 sudu teh gula…. Ya Allah manis gila!!!!!

Akhirnya, minum tanpa gula… aroma daun teh sudah memadai untuk dikatakan teh yang sedap!

Saya memberi analogi yang paling mudah… tetapi untuk memulakannya memerlukan kesungguhan.

Saya cuba memberi contoh yang lebih serius. Dalam kebanyakan kes, ramai orang berselindung di sebalik adat. Jika kita tidak menurut adat walaupun kita tahu adat tersebut membazir dan menyusahkan maka kita akan dikata orang.

Hakikatnya… kita tidak mahu kalah!



===




Salam,

Bab perkahwinan ni perkara ’sensitif’. Mungkin perlu seseorang macam prof untuk menjadi trendsetter. Kalau orang biasa macam kami ni, hai…letih menangkis pelbagai persepsi..

Apabila anak gadis kami berkahwin beberapa tahun yang lalu, kami suami isteri bersepakat untuk tidak mengambil duit hantaran, dan barang-barang hantaran.Cukuplah dengan mas kahwin yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau nak beri, berilah semasa sudah kahwin nanti. Bakal menantu pun tidaklah kami selidik sangat- kerja apa, gaji berapa, mak ayah kerja apa…..memadai dengan akhlaq yang baik, dan komitmennya kepada Islam dan dakwah. MasyaAllah, selepas mereka sudah mendirikan rumah tangga, barulah tahu mereka orang berada!77



==


salam Prof,

Saya sangat bersetuju dengan Prof. Biar apa orang nak kata, yang penting syariat dijaga dan tidak membebankan keluarga sebelah sana. Buat yang simple dan tidak membebankan pasangan pengantin baru yang mahu membina keluarga sendiri. Kena tukar paradigma berfikir orang Melayu yang inginkan perkahwinan yang gah dan bergolok bergadai untuk majlis selama 2 hari. Itu juga yang saya impikan untuk pernikahan saya- Allahuma Barkallah!



==



No comments: