Monday, 20 September 2010

bagaimana prof kamil belajar semasa universiti

bagaimana prof kamil belajar semasa universiti



Ia sangat berbeza

Bagaimana saya belajar?

Pertama, saya memberi tumpuan di dalam kelas. Saya tidak menyalin nota. Mata saya fokus kepada apa yang diajar. Kemudian, saya lakukan latihan bagi soalan-soalan yang memerlukan pengiraan. Saya tidak merujuk kepada nota kelas tetapi terus kepada buku rujukan.

Kedua, saya akan mencari-cari rakan-rakan yang mahu penjelasan lanjut tentang topik yang diajar pensyarah. Saya tersangat suka jika ada rakan sebilik atau sekelas yang mahu saya menyelesaikan soalan pengiraan. Jika saya gagal menyelesaikannya, saya akan bertanya kepada pensyarah dan kembali kepada rakan-rakan tersebut.

Inilah amalan sepanjang saya bergelar sebagai seorang pelajar.

Sebagai seorang pelajar, apa yang dipelajari kelihatan complicated, sukar dan memerlukan tumpuan dan kesungguhan. Memahami asas-asas pelajaran menjadi sangat penting. Faham dan bukannya menghafal adalah kata kunci.

Ketika mahu menunaikan fardhu haji, saya mentelaah buku-buku haji dengan memberikan tumpuan 100% kepada jenis haji yang akan saya lakukan tanpa meminggirkan alternatif yang lain.

Bila pulang, saya menekuni kembali buku-buku tersebut. Permahaman saya nyata berbeza. Dan saya melihat bagaimana kaedah mengajar orang menunaikan fardhu haji dengan cara yang berbeza.

Selepas hampir tiga tahun menunaikan fardhu haji dan umrah, saya mahu mencuba metod mengajar selama 3 jam kepada golongan yang tahu membaca dan menulis tentang kefahaman haji yang membolehkan mereka memahami dengan lebih jelas apabila membaca buku-buku haji.

Paling penting, mereka berasa tenang dan bersedia untuk beramal ibadat kepada Allah SWT.

Kebanyakan pengajar memulakan dengan rukun dan wajib haji, saya menutup dengan kedua-duanya.

Semalam, itulah yang saya cuba sampaikan selama dua jam kepada sekumpulan bakal jemaah haji yang sangat “nervous”. Mudah-mudahan mereka akan berasa tenang – dengan izin Allah – dan moga-moga amal ibadat ini diterima Allah.

Sekejap lagi, saya akan bertemu pula dengan kumpulan yang lain!

No comments: