Thursday, 9 September 2010

Panduan asas menghafaz al-Quran :




Pada hari Rabu 14 April 2010 lepas, saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan teknik dan adab menghafaz al-Quran untuk pelajar baru Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] sesi 2010. Secara keseluruhannya, saya hanya menekankan bahawa kaedah menghafaz yang sering digunakan oleh kebanyakan penghafaz al-Quran adalah menggunakan teknik kumulatif. Cuma ada dikalangan ustaz yang mencipta kaedah hafazan seperti Kaedah Jibril, kaedah al-ITQAN dan sebagainya. Asasnya adalah berdasarkan teknik yang saya sebutkan tadi.





Panduan asas menghafaz al-Quran :

  • Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
  • Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
  • Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

No comments: