Thursday 23 September 2010

full time ammar pada may 2010


Saya terus fikir untuk membesarkan perniagaan internet saya. Mengejar matlamat yang telah saya tetapkan dahulu iaitu untuk bergelar jutawan internet sebelum mencecah usia 25 tahun.




source




Hari Rabu 12th May 2010 adalah tarikh bersejarah yang takkan saya lupakan kerana saya secara rasminya bergelar Usahawan Internet sepenuh masa. Tiada lagi fikir soalassignment dan tiada juga fikir soal lecturer dan college. Hanya fikir soal halatuju saya dalam industri ini sahaja.

Ayah saya agak pelik kali ni kerana masa akak saya baru habis belajar, dia dah pening nak cari kerja. Yelah, zaman sekarng ni susah nak dapat kerja. Kalau tak dapat kerja, tak ada duit pulak. Nak makan apa pulak kan. Susah-susah belajar dah terduduk dalam rumah je nanti pun tak bagus jugak.

Lain pula halnya dengan saya..

Saya langsung tak fikir saya nak cari kerja. Saya terus fikir untuk membesarkan perniagaan internet saya. Mengejar matlamat yang telah saya tetapkan dahulu iaitu untuk bergelar jutawan internet sebelum mencecah usia 25 tahun.

Ada orang kata, kerja dulu dalam setahun dua baru mulakan perniagaan. Saya kata tidak. kalaupun saya belum berada dimana saya berada sekarang ni, saya juga pasti takkan mencari kerja kerana darah usahawan memang mengalir dalam tubuh saya.

Sebab tu saya takkan bekerja bawah orang lain. Pengalaman masa praktikal dulu cukuplah saya kerja bawah orang lain. Saya sanggup beralas perut yang penting saya bekerja dibawah syarikat saya sendiri.

Perjuangan masih jauh dan saya dah pun menggariskan beberapa perancangan saya dan syarikat saya dalam beberapa tahun mendatang. Yang pastinya, model bisnes utama saya masih lagi berteraskan perniagaan melalui internet. Kerana saya dah pun ceburkan diri dan dah pun mempunyai pengalaman menjual melalui internet. Malah, saya kini turut akan lebih kerap turun padang mengadakan seminar dan memberikan khidmat consultation kepada mana-mana syarikat yang ingin menjual melalui internet.

Tahun ini saja, saya merancang untuk menguasai 2 niche utama dan salah satunya adalah niche ‘internet marketing’ seperti yang anda sudah tahu.

Saya akan lebih kerap menghasilkan produk yang membantu anda mendalami ilmu dalam perniagaan internet. Saya juga berhasrat berkongsi segala rahsia saya dalam internet marketing. Samada melalui medium percuma dan juga berbayar.

Malah, saya akan mula memberi fokus kepada pasaran antarabangsa memandangkan saya bercadang melakukan pelancaran besar di peringkat global. (ini juga bermaksud saya perlu cari dan mula serius belajar bahasa inggeris..)

Syarikat saya sudah mempunyai modal yang saya kira stabil dan saya kini bercadang membesarkan syarikat. Bukan besarkan bangunan ya.. Saya mungkin akan menambah lagi bilangan staf sedia ada kami.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai saya dan menjadi salah satu revolusi dalam perniagaan internet, nantikan makluman dari saya ya.

No comments: