Thursday, 23 September 2010

CEPAT dan MUDAH = GAGAL






Zamrin,

Anda boleh lah bercakap apa saya di dalam setiap email yang saudara hantar. Saudara sudah berjaya. Bagi insan seperti saya..yang baru mengenali perniagaan internet dan masih buta..tidak mempunyai kudrat untuk melakukan seperti saudara. Saya sudah biasa menerima email seperti email saudara. Semua menjanjikan yang indah-indah. Akhirnya..orang seperti kami juga yang menjadi mangsa. Ditipu.



Sudah banyak program telah saya join dengan harapan untuk memperolehi pendapatan dari cara yang mudah..yang kononnya ‘genuine’. Saya rasa tidak mahu melakukan perkara yang sama buat kali kedua. Cukuplah tertipu sekali..tiada dua atau tiga.



Satu luahan yang ikhlas. Saya rasa, ramai yang mempunyai perasaan dan pengalaman seperti beliau. Cuma pendamkan sahaja di dalam diri sebagai sejarah hitam. Tapi yang membezakannya ialah…ada yang berjaya..ada yang gagal dari program yang sama..

Setiap perkara dan makluk di ciptakan di dunia ini dengan mempunyai pasangan masing-masing. Siang dan malam, pagi dan petang, depan dan belakang, atas dan belakang,BERJAYA dan GAGAL. Cepat dan Lambat, Mudah dan Susah. Apa yang boleh saya simpulkan..beliau memilih pasangan yang salah.

CEPAT dan MUDAH = GAGAL

Ingatlah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Pilih lah pasangan yang betul dalam apa jua yang anda lakukan..pasti hasilnya menggembirakan anda.



---



Ambil Iktibar daripada kesilapan yang telah dilakukan, jangan terlalu cepat prejudis, rajin-rajinkanlah diri untuk membaca bagi memantapkan diri dg ilmu yg berkaitan dan paling penting jadilah seorang yg berfikiran positif.



jadilah seorang yg berfikiran positif.




Salam

Hidup ini sebagai satu perjudian (halal aje).Untung nasib hidup kita telah ditetapkan oleh Allah SWT.Sebagai hambaNya kenalah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita.
Dulu Saya menganggap perniagaan internet ni mudah dan senang nak dapat pelanggan.Rupanya tafsiran saya meleset sama sekali.Dalam kotak fikiran saya biz internet nie macam letak pancing di kolam ikan tak sampai seminit boleh dapat ikan seekor.Dalam masa 60 minit boleh dapat 60 ekor (itu tafsiran saya je). Rupanya tidak, biz internet nie ibarat kita seorang pemancing amatur tak tau tentang lubuk ikan di tengah laut.Dayung je sampan, sampai di tengah laut terus letak pancing tanpa bertanya dan belajar dengan pemancing profesional.Modal untuk pancing je dah habis beratus bahkan beribu ringgit. Satu hari memancing seekor ikan pun tak dapat, balik dengan kekecewaan.Sambung hari kedua, ketiga dan seminggu seekor ikan pun tak dapat. Mula rasa bosan dan putus asa, mula salahkan sampan tak elok pancing tak berkualiti dan sebagainya.Akhirnya kita berhenti terus untuk memancing.
Ini perumpamaan saya sahaja sebagai newbie dalam IM nie.Tapi bila saya muhasabah diri apa yang tak kena dalam biz nie?.Saya mula faham,Ilmu mesti ada,kena belajar dan menerima apa yang diajar.Apabila saya kaitkan offline dan online rupanya ada persamaan.Kita sebagai orang yang tidak ada pengalaman dalam dunia business nie kena belajar, belajar dan terus belajar.Dah dapat ilmu, dah mantop kena berkongsi ilmu tersebut supaya berkat (berkat penting dalam mendapat rezeki halal).
Apapun tulisan saya cetusan hati saya sahaja, jika terasa dan tersilap harap maafkan kerana saya dah banyak business offline (terutamaya MLM) dan online saya ceburi rasa tension pun ada jika hasil yang diharapkan tidak dapat.Itulah saya cakapkan di awal tulisan tadi hidup ini satu perjudian.
Sebagai manusia kita kena besabar dan berfikiran positif sebagai mana komen leeya.Banyak berdoa dan yang penting SABAR,TABAH dan KONSISTEN dalam membena kerjaya dalam IM. Terima kasih



====


CEPAT dan MUDAH = GAGAL

Ya…setuju sgt dgn ayat tu.Memang xde jln CEPAT dan MUDAH = BERJAYA.
Kebanyakan yg tertipu pun sbb nk sgt jdi kaya tp malas nk usaha.

Lg satu, setakat beli ebook je tp xbuat apa2 mmg la xjdi pape…ebook tu kne baca, faham dan buat apa yg diajar.
Buat xleh la sparuh jln je.Kne konsisten br dpat hasil.
Jgn cpat putus asa…Tiada kejayaan tanpa kegagalan.

Nak hasil yg cpat & berganda2, $$$ pun nk kne kuar lebih jugak la(promosi berbayar). :-)

Kne rajin menuntut ilmu/membaca (ebook free or beli or g seminar).

Sekadar pendapat saya je…macamana nk berjaya dalam perniagaan internet walaupun sya sendiri masih belum lg berjaya.hehe…


No comments: