Tuesday, 21 September 2010

Testimonial Seminar Pakar Affiliate


source







Testimonial Seminar Pakar Affiliate

Pada 23 Januari 2010, saya telah menghadiri seminar Pakar Affiliate yang dianjurkan oleh saudara Zamri Nanyan dan juga saudara Patrick Chan di hotel Quality, Kuala Lumpur. Kedua-dua jutawan internet ini telah berkongsi rahsia perniaagan internet yang telah mereka lakukan sejak tahun 2003.



Siapakah Zamri Nanyan?

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan telah memulakan bisnes di internet sejak tahun 2003 secara part time (tetapi semasa seminar tersebut dia kata, kerja di ofis pun full time, bisnes internet pun full time). Tetapi kini beliau telah sepenuhnya membuat bisnes internet secara full-time. Pada awal pembabitannya juga, beliau bukanlah terus menjadi hero seperti hari ini, tetapi beliau juga telah menempuh beberapa kesukaran dan kegagalan untuk memulakan bisnes yang menggunakan internet sebagai medium. Tetapi walaupun begitu dengan semangat kental dan sentiasa belajar tanpa jemu akhirnya beliau telah berjaya menemui kaedah yang sesuai dengan dirinya untuk berniaga di internet iaitu menjadi affiliater. Affiliater ini adalah menjual produk orang lain tanpa dia sendiri mengeluarkan produk. Kalau bisnes konvensional boleh laah kita katakan begini, sebagai contoh kilang roti Gardenia. Di kilang roti Gardenia tidak mempunyai kedai untuk menjual rotinya. Apabila roti telah siap dibuat dan dipek, ianya akan dihantar ke kedai runcit, stesen minyak, kiosk 24 jam, dan juga mamak roti yang naik motor. Jadi, kedai runcit, stesen minyak, kiosk 24 Jam dan mamak roti naik motor ini dipanggil affiliater dalam bisnes online nie. Mereka tidak buat roti gardenia tetapi mereka tolong menjualkannya. Jadi, saudara Zamri Nanyan ini memasarkan produk-produk digital hasil keluaran antarabangsa dan juga tempatan. Kini, beliau banyak membantu rakyat Malaysia dengan memberikan panduan dan tips dengan mengeluarkan produk yang diberi nama Pakar Affiliate untuk mengajar rakyat Malaysia bagaimana membuat bisnes di internet dengan cara menjadi seorang Affiliater. Walaupun produknya bernilai RM199, tetapi setelah saya baca dan mengaplikasikannya, ternyata saya dapat pulangan modal dalam masa seminggu sahaja selepas apply segala teknik yang diajarkan. Affiliater di internet dan affiliater konvensional berbeza 100%. Kata-kata pujangga ada menyebut, belajarlah dari guru. Kalau anda tidak tahu untuk membuat sesuatu, carilah pakar. Ianya dapat menjimatkan masa dan kos. Kalau anda baru nak try-try satu benda yang tak tahu apa risikonya, mungkin berjaya. Tetapi mengambil sedikit masa sebab perlu bermula dari bawah. Kalau belajar dengan pakar nie, at least, perkara asas Do & Donts kita sudah tahu.

Siapakah Patric Chan?

Beliau berasal dari Pulau Pinang juga (hurrmm adakah saya perlu migrate ke sana untuk berjaya? :p ) Bapanya adalah seorang pemandu teksi yang tidak pernah bercuti daripada membawa teksi kecuali jatuh sakit. Patric hanyalah bersekolah sehingga sekolah menengah sahaja. Pada suatu hari ibunya memberika sebuah tabung yang berisi wang kepada Patrick untuk beliau sambung belajar tetapi Patrick tidak sampai hati untuk mengambil wang itu yang dikumpul oleh ibunya sejak sekian lama. Menyedari kesusahan keluarga, beliau telah melakukan banyak kerja sehingganlah pada tahun 2003 dia telah secara serius membuat bisnes di internet juga menjadi affiliater yang targetnya adalah pasaran antarabangsa. Kini beliau adalah pengasas kepada sistem "You Chan Do It Success Outcome System" dan dia telah memberi ceramah di beberapa buah negara di dunia. Saya tergamam sebentar melihat email live daripada akaun Clickbank nya terkini yang tidak putus-putus menerima notifikasi ada orang telah membeli produk yang dipasarkannya. (Clickbank adalah salah satu pasar maya di mana sebagai pembuat produk digital anda boleh 'letak' barang anda di situ dan akan ada orang yang tolong memasarkannya kepada pembeli). Dalam hal ini, Patrick adalah salah seorang marketer yang memasarkan barangan digital tersebut melalui pelbagai teknik.

Pandangan saya terhadap seminar pakar affiliate yang diadakan.

Positif

1. Memang power sebab saya rasa saya telah memasuki alam lain di mana ada cara di mana kita boleh cari lubuk bagaimana hendak memasarkan sesuatu produk.

2. Saudara Zamri Nanyan dan Patric Chan memang pakar memberikan deliverables dengan penyampaian yang sangat lawak, santai, tidak bosan, tetapi apa yang diperkatakan dapat diserap dengan baik.

3. Segala isi seminarnya disusun dengan baik, tidak mengelirukan, dan kesemuanya in order.

4. Memudahkan segala kekusutan fikiran, tak tahu macam mana nak mula buat program affiliate, dan penceramah dengan sangat cemerlangnya membuka kesemua kekusutan tersebut dengan baik sekali.

Negatif

1. Sistem PA hotel quality tidak begitu baik menyebabkan ketidakselesaan kepada peserta dan juga penceramah.

Saya memberikan 7 bintang untuk seminar ini!



No comments: